macOS Software update ikon

Membaik pulih isu FaceTime, akaun Office 365, sambungan USB-C dan lain-lain.

Apple pada awal pagi hari ini telah pun melepaskan kemas kini tambahan untuk pengguna macOS 10.15.4.

Ia ditawarkan hanya selepas kemas kini macOS 10.15.4 dilepaskan pada 25 Mac 2020 lalu.

Antara kandungan utama dalam kemas kini tambahan macOS Catalina 10.15.4 ini adalah membaik pulih isu panggilan FaceTime, akaun Microsoft Office 365 serta kestabilan sambungan USB-C.

Selain itu, kemas kini tambahan ini juga membaik pulih isu MacBook Air (MBA) 2020 yang tergantung ketika proses ‘Setup Assistant’ atau ketika menyambung atau nyah sambung MBA tersebut dari paparan 4K atau 5K.

Berikut adalah senarai kandungan kemas kini tambahan macOS Catalina‌ 10.15.4 sepertimana yang dinyatakan Apple:-

  • Fixes an issue where Mac computers running ‌macOS Catalina‌ 10.15.4 could not participate in ‌FaceTime‌ calls with devices running iOS 9.3.6 and earlier or OS X El Capitan 10.11.6 and earlier.
  • Resolves an issue where you may repeatedly receive a password prompt for an Office 365 account.
  • Fixes an issue where ‌MacBook Air‌ (Retina, 13-inch, 2020) may hang in Setup Assistant or when disconnecting and reconnecting a 4K or 5K external display.
  • Resolves an issue where a USB-C port in your Mac may become unresponsive

Walaubagaimanapun, Apple tidak pula menyatakan sama ada kemas kini tambahan ini memperbetulkan isu-isu lain yang dihadapi pengguna macOS 10.15.4 yang telah dilaporkan sebelum ini.

Anda boleh mengemas kini macOS 10.15.4 terus dari System Preferences Mac atau boleh juga memuat turun fail macOS Catalina 10.15.4 Supplemental Update (1.02GB) secara berasingan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here