ios update

Juga kemas kini tvOS 13.4.6 dan watchOS 6.2.6.

Apple pada awal hari ini telah melepaskan kemas kini terbaru iOS dan iPadOS 13.5.1 kepada pengguna peranti iPhone dan iPad.

Versi iOS 13.5.1 ini adalah kemas kini minor bagi memperbetulkan isu keselamatan peranti iPhone dan iPad.

iOS 13.5.1 provides important security updates and is recommended for all users.” Apple

Kemas kini ini dilepaskan kurang 2 minggu selepas versi iOS 13.5 ditawarkan kepada pengguna.

iOS 13.5.1 dan iPadOS 13.5.1 ditawarkan kepada pengguna peranti iPhone 6s dan terbaru, iPad Air 2 dan terbaru, iPad mini 4 dan terbaru, sertta iPod touch Gen-7.

Selain kemas kini untuk iPhone dan iPad, Apple juga turut melepaskan kemas kini tvOS 13.4.6 bagi peranti Apple TV 4K dan Apple TV HD.

Juga dilepaskan adalah kemas kini watchOS 6.2.6 kepada pengguna jam pintar Apple Watch Series 1 dan terbaru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here