macOS Catalina Mojave dan High Sierra

Kemas kini keselamatan untuk pengguna High Sierra dan Mojave serta versi terkini macOS Catalina.

Apple sebentar tadi telah pun melepaskan barisan kemas kini terbaru kepada pengguna macOS iaitu untuk macOS High Sierra (10.13), macOS Mojave (10.14) dan macOS Catalina (10.15.3).

Antara kandungan penting dalam kemas kini terbaru bagi ketiga-tiga versi macOS ini termasuklah penambahbaikan terhadap ciri keselamatan sambungan tanpa wayar Wi-Fi, Bluetooth dan sistem utama operasi macOS.

  • CoreBluetooth

Available for: macOS High Sierra 10.13.6, macOS Mojave 10.14.6

Impact: A remote attacker may be able to leak memory

  • Image Processing

Available for: macOS High Sierra 10.13.6, macOS Mojave 10.14.6, macOS Catalina 10.15.2

Impact: Viewing a maliciously crafted JPEG file may lead to arbitrary code execution

  • Security

Available for: macOS Catalina 10.15.2

Impact: An application may be able to execute arbitrary code with system privileges

  • System

Available for: macOS High Sierra 10.13.6, macOS Mojave 10.14.6

Impact: A malicious application may be able to overwrite arbitrary files

  • Wi-Fi

Available for: macOS High Sierra 10.13.6, macOS Mojave 10.14.6, macOS Catalina 10.15.2

Impact: A remote attacker may be able to cause unexpected system termination or corrupt kernel memory

(Layari laman Apple Support bagi senarai penuh kandungan keselamatan dalam kemas kini bagi ketiga-tiga macOS ini).

Bagi pengguna macOS High Sierra 10.13, anda boleh memuat turun kemaskini tersebut secara terus dari Mac anda menerusi Mac App Store di bahagian Update.

Atau anda juga boleh memuat turun fail kemas kini Security Update 2020-001 (High Sierra) secara berasingan yang bersaiz 1.92GB.

Bagi pengguna macOS Mojave 10.14 pula, anda boleh memuat turun kemas kini terbaru ini menerusi System Preferences > Software Update.

Atau memuat turun fail kemas kini Security Update 2020-002 (Mojave) yang bersaiz 1.62GB secara berasingan.

Sementara bagi pengguna macOS Catalina pula, kemas kini terbaru versi macOS 10.15.3 bukan sahaja menambah baik ciri keselamatannya, tetapi juga dimuatkan beberapa ciri tambahan khususnya kepada pengguna paparan Pro Display XDR serta pengguna MacBook Pro 16″ 2019.

Pengguna macOS Catalina boleh memuat turun kemas kini terbaru ini terus dari Mac menerusi System Preferences > Software Update.

Anda juga boleh memuat turun berasingan fail macOS Catalina 10.15.3 Update (2.99GB untuk pengguna versi macOS Catalina 10.15.2) atau macOS Catalina 10.15.3 Combo Update (4.59GB untuk pengguna versi macOS Catalina 10.15).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here