Kemaskini Aplikasi Transmission anda segera!
Pencerobohan telah berlaku ke atas server.
Perhatian kepada anda yang menggunakan aplikasi Transmission untuk memuat turun pelbagai kandungan, anda perlu dengan segera mengemaskini aplikasi tersebut, Ini kerana telah berlakunya pencerobohan ke atas server mereka. Serangan tersebut dilakukan melalui perisian yag mengandungi iklan yang tidak dikehendaki atau lebih dikenali sebagai malware. Kesan ke atas serangan tersebut masih lagi belum diketahui dan bagaimana ia berlaku masih lagi dalam siasatan mereka.
Jadi kepada anda yang menggunakan Transmission, boleh mengemaskini segera melalui aplikasi atau muat turun kemaskini terbaru ini terus dari laman web tansmission. Bagi mendapatkan info lebih lanjut tentang serangan malware ini, bolehlah ke laman web welivesecurity dan ketahui lebih lanjut tentang malware yang dikenali sebagai OSX/Keydnap di sini.
