Kemaskini Firmware AirPort Base Station

Kemaskini Firmware bagi Apple 802.11n dan 802.11ac Wi-Fi base station.

Semalam Apple telah memuatnaik fail kemaskini bagi produk AirPort base station. Produk yang terlibat kemaskini bagi firmware update 7.6.7 adalah AirPort Express, AirPort Extreme dan AirPort Time Capsule yang menggunakan Apple Wi-Fi base station 802.11n. Manakala firmware update 7.7.7 pula adalah untuk AirPort Extreme dan AirPort Time Capsule yang menggunakan Apple Wi-Fi base station 802.11ac.

Kemaskini firmware tersebut adalah bagi menambah baik kestabilan dan prestasi sambungan Wi-Fi kedua-dua produk tersebut. Anda boleh dapatkan info lanjut berkaitan firmware update 7.6.7 ini di sini, dan firmware update 7.7.7 di sini.

Aplikasi AirPort di Mac OS X

AirPort merupakan produk Apple yang berfungsi sebagai router bagi sambungan pelbagai peranti yang lain seperti iPhone, Mac, PC dan lain-lain (senang citer Airport tu adalah peranti Wi-Fi tapi Apple panggilnye sebagai Airport). Contohnya, sekiranya anda ada peranti lain seperti printer, external HD dan lain-lain yang ada sambungan Wi-Fi, semua peranti tersebut boleh disambungkan secara wireless (tanpa kabel). Semua peranti disambungkan kepada komputer Mac/PC melalui AirPort.

Beza AirPort 802.11n dan 802.11ac

Perbezaan yang paling ketara antara penggunaan AirPort 802.11n dan 802.11ac adalah kepantasan sambungan Wi-Fi antara peranti dan AirPort tersebut. AirPort yang menggunakan Wi-Fi base station 802.11n hanya mampu menyokong kelajuan maksimum 450Mbps sahaja. Tetapi AirPort yang menggunakan Wi-Fi base station 802.11ac menyokong kelajuan Wi-Fi sehingga 1300Mbps.

Bagi mendapatkan info lebih lanjut tentang Airport, sila klik di sini. Bagi anda yang menggunakan AirPort, bolehlah mengemaskinikan firmware AirPort anda. Cara-cara untuk mengemaskini firmware Airport ada di sini.

Artikel Berkaitan

Security Update untuk Mac OSX Maverick dan Yosemit... Semalam Apple bukan sahaja memuat naik fail update bagi perisian-perisan terbaru, tetapi juga turut mengeluarkan update bagi sistem operasi Mac Maveri...
Apple klasifikasikan MBP 15″, 17″ (201... Pada 8 Mac yang lalu, Apple telah menambahkan lagi koleksi produk vintaj mereka. Macbook Pro 15", 17" edisi pertengahan 2010 dan Xserve keluaran awal ...
Kemaskini terbaru Bluetooth MacBook Muat turun fail kemaskini MacBook anda. Jika anda memiliki Apple MacBook 12", sila muat turun fail kemaskini terbaru untuk MacBook anda. Kemaskini te...
Bersedia untuk 21 Mac 2016! Apple Inc. secara rasminya telah mengeluarkan jemputan bagi acara khas mereka yang akan berlangsung pada 21 Mac 2016 ini (kalau Malaysia 22 Mac lah). ...
Harga terbaru Apple Watch Apple turunkan harga Apple Watch, aksesori terbaru dan watchOS 2.2. Jika sebelum ini harga Apple Watch bermula pada RM 1599, tetapi bermula hari ini ...

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Selesai Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah (2005 - 2008) bidang Seni Kreatif. Mengambil Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem (2009 ), selesai 2013.

Tinggalkan Komen

Entri lain

Apa itu Jailbreak Perkara yang perlu anda tahu sebelum jailbreak! Sekitar tahun 2007 hingga 2014, jailbreak amat popular dikalangan pemilik iP...
Ransomware menyerang Mac! Buat pertama kalinya, Mac OSX diserang oleh ransomware. Pada hari Ahad lepas bersamaan dengan 6 Mac 2016, Mac secara rasminy...
Kongsi fail dengan AirDrop AirDrop memudahkan anda berkongsi fail antara Mac dan peranti iOS. AirDrop mula diperkenalkan pada Mac OSX Lion 10.7. Tetapi...
iPhone SE sudah berada di Malaysia! Anda kini sudah boleh membeli iPhone SE iPHone SE secara rasminya sudah berada di Malaysia. ariffmac dapati, laman web rasmi...
3 perkara yang perlu anda tahu sebelum memasukkan ... Memasukkan (install) aplikasi ke dalam sistem Mac adalah amat mudah sekali berbanding sistem operasi komputer yang lain (Wind...