ikon google chrome

Pastikan anda menggunakan versi terbaru aplikasi Google Chrome.

Jika anda masih menggunakan versi aplikasi Google Chrome terdahulu, anda dinasihatkan supaya segera mengemaskini aplikasi tersebut.

Ini kerana, pembangun dan jurutera keselamatan Google Chrome sendiri yang meminta pengguna berbuat demikian.

Jurutera bernama Justin Schuh dalam ciapannya di Twitter dengan ringkas menulis statusnya…

“…seriously, update your Chrome installs… like right this minute.”

Versi terbaru Google Chrome (72.0.3626.121) bagi pengguna macOS, Windows, dan Linux telah pun dilepaskan hari ini.

Dalam minggu ini, pihak Google telah menerima laporan dan menemui kecacatan kritikal terhadap aplikasi tersebut yang telah diserang oleh penggodam.

Ia pertama kali dilaporkan pada 27 Februari lepas oleh Kumpulan Analisis Ancaman Google.

Kecacatan tersebut akan membolehkan penggodam menjalankan kod berniat jahat seterusnya menngodam data pengguna menerusi pepijat yang terdapat pada aplikasi Google Chrome.

 

Sumber artikel: PCMag.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here