"/>

Kemaskini iOS 9 anda dengan yang terbaru

Kemaskini iPad, iPhone dan iPod Touch anda dengan iOS 9.3.

Anda kini sudah boleh mula memuat turun iOS 9.3 ke dalam gajet-gajet Apple anda. Tetapi anda perlu bersabar sikit sebab ia mungkin mengambil sedikit masa sebab seluruh pengguna Apple di seluruh dunia pun sedang sibuk mengemaskini iOS mereka (trafik internet penuh).

Terdapat beberapa cara untuk anda mengemaskini iOS anda.

1. Anda boleh terus kemaskini iOS di gajet Apple anda seperti iPad melalui Software Update. Apa yang anda perlukan ialah sambungan internet Wi-Fi (sebaiknya, kalau tidak data internet cepat habis). Saiz fail kemaskini tersebut berbeza mengikut jenis gajet Apple anda.

Settings - General - Software Update

 

  1. Selain itu, anda juga boleh memuat turun fail tersebut melalui iTunes. Sambungkan gajet anda kepada Mac/PC dan buka aplikasi iTunes (terbaru). Biasanya iTunes secara automatik akan memberitahu anda terdapat kemaskini pada iOS gajet tersebut.

Jika anda memilih Download and Update, iTunes akan secara automatik mengemaskinikan gajet anda selepas ia selesai memuat turun fail kemaskini tersebut. Manakala Download Only pula, iTunes hanya akan memuat turun fail kemaskini tersebut tanpa melakukan proses kemaskini pada gajet anda. Proses kemaskini tersebut anda perlu lakukannya sendiri.

Fungsi dan ciri-ciri terbaru iOS 9.3.

Terdapat banyak fungsi dan ciri-ciri terbaru pada iOS 9.3 ini. Antaranya adalah Night Shift, Dolby Digital Plus, penambahbaikan pada aplikasi Photos dan lain-lain. Untuk mendapatkan info penuh berkaitan iOS 9.3 ini, anda boleh layari laman webnya di sini.

 

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Kini beliau bertugas sebagai Tutor Sambilan di UPSI dan Pensyarah Sambilan di UUM.

2 thoughts on “Kemaskini iOS 9 anda dengan yang terbaru

Tinggalkan komen anda...