Terbaru : Kemaskini iOS 9.3.4

Kemaskini peranti iOS anda sekarang.

Terdapat kemaskini terbaru bagi peranti iOS dari pada Apple. Menurut Apple, ia berkaitan dengan isu…

“A memory corruption issue was addressed through improved memory handling”.

Apa yang menariknya adalah isu tersebut telah ditemui oleh komuniti Jailbreak Pangu dari China. Apple telah memberikan kredit kepada komuniti tersebut. Kemaskini iOS ini adalah untuk peranti iOS iPhone 4s ke atas, iPad 2 ke atas dan iPod touch (gen 5) ke atas sahaja.

Saiz fail kemaskini berbeza mengikut jenis peranti iOS yang digunakan.

Apple tidak lama lagi (kemungkinan bulan September) akan mengeluarkan iOS 10 terbaru yang mempunyai pelbagai ciri menarik. Jika anda ingin mencuba iOS 10 sekarang diperanti anda, bolehlah mendaftar di Apple Beta Software Program. Cuma pastikan terlebih dulu adakah peranti anda layak untuk menggunakan iOS 10 tersebut. iOS 10 hanya boleh digunakan pada peranti berikut :-

  • iPhone 5 ke atas
  • Semua model iPad Air dan iPad Pro
  • iPad generasi ke 4
  • iPad mini 2 ke atas
  • iPod touch generasi ke 6

Untuk maklumat lanjut berkaitan kemaskini ini, sila layari ke apple support.

Artikel Berkaitan

Kemaskini terbaru iTunes 12.5 iTunes 12.5 hanya untuk macOS Sierra Beta 2 sahaja. Selepas mengemaskini macOS Sierra kepada Beta 2, ariffmac dapati terdapat kemaskini terbaru untuk...
Muat turun Mac OSX 10.11.4 El Capitan sekarang Walaubagaimanapun, ia bukanlah kemaskini utama bagi Mac OSX Apple telah memuat naik fail update bagi Mac OSX El Capitan yang baru, 10.11.4. Walaupun ...
Untuk privasi cuba aplikasi terbaru Opera VPN Opera pula tawarkan servis VPN tanpa had limit data. Nampaknya semakin banyak pelayar web menyediakan servis VPN untuk anda melayari internet dengan ...
Kemaskini iOS 9 anda dengan yang terbaru Kemaskini iPad, iPhone dan iPod Touch anda dengan iOS 9.3. Anda kini sudah boleh mula memuat turun iOS 9.3 ke dalam gajet-gajet Apple anda. Tetapi an...
Kongsi fail dengan AirDrop AirDrop memudahkan anda berkongsi fail antara Mac dan peranti iOS. AirDrop mula diperkenalkan pada Mac OSX Lion 10.7. Tetapi ciri tersebut pada awaln...

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Selesai Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah (2005 - 2008) bidang Seni Kreatif. Mengambil Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem (2009 ), selesai 2013.

Tinggalkan Komen

Lain-lain