Kemaskini segera peranti iOS anda sekarang.

Bagi pengguna peranti iOS (iPhone 4S ke atas, iPad 2 ke atas dan iPod touch (5th generation) ke atas), ada kemaskini terbaru untuk anda. Sila pergi ke Settings – General – Software Update dari peranti iOS untuk terus kemaskini iOS dari peranti anda. Terdapat beberapa isu penting yang ditambah baik bagi kemaskini kali ini. Antaranya adalah berkaitan dengan keselamatan iOS yang cuba diekspoitasi untuk digodam, kerosakan memori peranti dan beberapa isu lain.

ios 9.3.5

Bagi mengetahui info lebih lanjut tentang kemaskini ini, anda bolehlah pergi ke bahagian Apple Support. Kemungkinannya kemaskini ini adalah yang terakhir bagi peranti iOS. Apple kemungkinan besar akan mula mengeluarkan iOS 10 terbaru pada September ini. Buat masa ini iOS 10 masih dalam mod Beta. Jika anda ingin mencubanya perlulah mendaftar sebagai Apple Developer atau terlibat dalam Apple Beta Software Program. Sebagai peringatan, iOS 10 mod Beta masih belum stabil sepenuhnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here