Kemaskini terbaru iTunes ini adalah berkaitan dengan “bug” yang terdapat pada iTunes 12.4.

Apple baru sahaja menaik taraf iTunes 12.4 pada 2 minggu yang lepas. iTunes sebelum ini agak mengelirukan dan Apple telah kembalikan sidebar pada antaramuka iTunes bagi memudahkan navigasi iTunes. Walaubagaimanapun terdapat beberapa masalah pada iTunes 12.4 apabila beberapa ciri istimewa seperti Voice Over dan Reset Plays tidak berfungsi seperti sepatutnya.

iTunes Update

Jadi pihak Apple telah mengenal pasti masalah tersebut dan memuat naik fail kemaskini iTunes 12.4.1 untuk menyelesaikan masalah tersebut. Anda boleh mengemaskini iTunes anda melalui aplikasi App Store.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here