Ada lagi…
Awal hari ini Apple telah memuat naik kemaskini buat kali yang ke lapan bagi macOS 10.12.4 Public Beta. Harapnya ini adalah kemaskini terakhir bagi versi beta sebelum versi penuh macOS boleh dimuat turun oleh semua pengguna Mac. AriffMac yakin versi penuh macOS Sierra 10.12.4 akan mula boleh dimuat oleh semua pengguna Mac dalam minggu ini juga.
Untuk versi macOS 10.12.4 ini, Apple perkenalkan bebrapa ciri terbaru seperti mod Night Shift dan beberapa ciri yang lain. Sebelum mengemaskini macOS anda, adalah sebaiknya anda membuat persediaan dengan membuat salinan (back up) bagi mengelakkan sebarang permaslahan berlaku semasa proses kemaskini dibuat.

