"/>

Kemaskini major untuk aplikasi Garage Band di iOS

In Aplikasi, iOS, Kemaskini, macOS On

Aplikasi muzik Garage Band di iOS dipenuhi dengan ciri-ciri dan antaramuka terbaru yang lebih menarik.

Aplikasi muzik popular dari Apple, Garage Band menerima kemaskini major di peranti iOS. Garage Band kini mempunyai antaramuka digital peralatan muzik Alchemy. Ia merupakan sebuah antaramuka alat muzik moden ‘synthesizers’ yang popular dikalangan ahli muzik. Ciri terbaru ini membolehkan pencipta muzik menggunakan lebih banyak bunyi-bunyian bagi pelbagai genre seperti Hip Hop, Indie, Rock, Pop dan banyak lagi.

Aplikasi Garage Band didatangkan bersama secara percuma diperanti iPad yang berkapasiti storan 32GB dan ke atas. Manakala untuk peranti iPhone pula ia didatangkan bersama iPhone yang berkapasiti storan 64GB dan ke atas. Selain daripada peranti iOS tersebut, anda terpaksalah muat turun aplikasi tersebut secara peruma dari App Store untuk dimasukkan ke dalam peranti iOS anda. Garage Band merupakan aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma bagi peranti iOS terpilih selepas dari tarikh 1 September 2014. Jika tidak, anda perlu membelinya dengan harga RM19.90.

Selain untuk Garage Band di iOS, Apple juga turut mengemaskini perisian suntingan muzik profesional Logic Pro X di Mac. Kemaskini major ini membolehkan pengguna berinteraksi menggunakan panel Touch Bar antara perisian tersebut dengan MacBook Pro terbaru Apple. Logic Pro X merupakan sebuah perisian suntingan audio popular yang banyak digunakan oleh para pemuzik profesional. Anda boleh membeli dan muat turun perisian ini dari aplikasi App Store yang berharga RM799.90.

 

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu