"/>

Kemaskini segera Flash Player

Adobe mengeluarkan kemaskini terbaru untuk Flash Player

Sebentar tadi, adobe telah memuat naik fail kemaskini terbaru untuk Flash Player. Terdapat beberapa isu utama yang diperbaiki dalam kemaskini ini. Menurut Adobe, ia memperbaiki kestabilan aplikasi Flash Player bagi platfom Windows, Macintosh, Linux dan ChromeOS. Selain itu, ia juga memperbaiki keselamatan Flash Player daripada serangan penggodam. Sebelum dan sehingga kini, aplikasi ini masih menjadi tempat utama para penggodam untuk menggodam sistem komputer.

Jadi sekiranya anda masih menggunakan Flash Player silalah mengemaskinikannya segera. Bagi aplikasi Google Chrome, ia mempunyai kemaskini sendiri bersama Flash Player. Jadi pastikan juga anda menggunakan aplikasi Google Chrome versi terkini. Untuk info lanjut berkaitan kemaskini ini, anda boleh dapatkannya di laman web Adobe dan Adobe Security Bulletin.

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Kini beliau bertugas sebagai Tutor Sambilan di UPSI dan Pensyarah Sambilan di UUM.