macOS Software update ikon

Apple melepaskan kemaskini bagi membaik pulih pepijat FaceTime.

Seperti yang dijanjikan Apple pada minggu leaps, akhirnya mereka melepaskan kemaskini iOS terbaru bagi membaik pulih pepijat yang terdapat pada ciri panggilan video berkumpulan FaceTime.

iOS 12.1.4

Kemaskini untuk peranti iOS (iPhone 5s dan terbaru, iPad Air dan terbaru dan iPod touch generasi ke 6) ini merupakan kemaskini major bagi menambah baik dan membaik pulih pepijat yang terkandung dalam ciri panggilan video berkumpulan FaceTime.

Sebelum ini telah heboh diperkatakan dengan penemuan pepijat yang menyebabkan pengguna yang tidak menjawab panggilan video FaceTime turut dapat mendengar perbualan atau lebih teruk sehingga dapat menonton perbualan video yang sedang berlaku dalam panggilan video berkumpulan y.ang sedang berlangsung.

Malah pengguna lain yang sedang berada dalam talian video berkumpulan FaceTime itu juga tidak menyedari akan hal tersebut.

Ganjaran lumayan

Individu pertama yang menemui pepijat tersebut bernama Grant Thompson dan beliau adalah seorang pelajar sekolah yang baru berumur 14 tahun.

Grant Thompson ketika ditemubual oleh ABC News. Kredit foto: ABC News

Beliau yang berdaftar dengan program pembangun Apple dijangka akan menerima bayaran yang lumayan hasil daripada penemuan pepijat tersebut dari pihak Apple.

Apple Bug Reporter
Anda boleh melaporkan penemuan pepijat dan menerima ganjaran daripada pihak Apple dengan mendaftar sebagai Pembangun Apple.

Lain-lain

Selain daripada memperbetulkan isu pepijat FaceTime, kemaskini iOS 12.1.4 ini turut membaik pulih ciri Live Photos dalam FaceTime.

Apple juga menyatakan, ciri Live Photos tersebut tidak akan lagi menyokong FaceTime yang digunakan pada versi iOS dan macOS terdahulu.

Manakala mengambil imej Live Photo pula memerlukan pengguna menaik taraf peranti iOS mereka kepada versi 12.1.4 dan terbaru serta macOS 10.14.3 dan terbaru sahaja.

Jadi kepada para pengguna peranti iOS 12, anda bolehlah segera memuat turun kemaskini ini terus dari peranti iOS anda (OTA, Over The Air).

Atau anda juga boleh memuat turun fail kemaskini tersebut secara berasingan menerusi pautan yang disediakan ini:-

OS 12.1.4 (Build 16D57) untuk:

  • iPad Air (Wi-Fi) (iPad4,1) — Download
  • iPad Air (Cellular) (iPad4,2) — Download
  • iPad Air (China) (iPad4,3) — Download
  • iPad mini 2 (Wi-Fi) (iPad4,4) — Download
  • iPad mini 2 (Cellular) (iPad4,5) — Download
  • iPad mini 2 (China) (iPad4,6) — Download
  • iPad mini 3 (Wi-Fi) (iPad4,7) — Download
  • iPad mini 3 (Cellular) (iPad4,8) — Download
  • iPad mini 3 (China) (iPad4,9) — Download
  • iPad mini 4 (Wi-Fi) (iPad5,1) — Download
  • iPad mini 4 (Cellular) (iPad5,2) — Download
  • iPad Air 2 (Wi-Fi) (iPad5,3) — Download
  • iPad Air 2 (Cellular) (iPad5,4) — Download
  • iPad Pro (9.7”, Wi-Fi) (iPad6,3) — Download
  • iPad Pro (9.7”, Cellular) (iPad6,4) — Download
  • iPad Pro (Wi-Fi) (iPad6,7) — Download
  • iPad Pro (Cellular) (iPad6,8) — Download
  • iPad 5 (Wi-Fi) (iPad6,11) — Download
  • iPad 5 (Cellular) (iPad6,12) — Download
  • iPad Pro 2 (12.9”, Wi-Fi) (iPad7,1) — Download
  • iPad Pro 2 (12.9”, Cellular) (iPad7,2) — Download
  • iPad Pro (10.5”, Wi-Fi) (iPad7,3) — Download
  • iPad Pro (10.5”, Cellular) (iPad7,4) — Download
  • iPad 6 (Wi-Fi) (iPad7,5) — Download
  • iPad 6 (Cellular) (iPad7,6) — Download
  • iPad Pro 3 (11”, Wi-Fi) (iPad8,1) — Download
  • iPad Pro 3 (11”, Wi-Fi, 1 TB) (iPad8,2) — Download
  • iPad Pro 3 (11”, Cellular) (iPad8,3) — Download
  • iPad Pro 3 (11”, Cellular, 1 TB) (iPad8,4) — Download
  • iPad Pro 3 (12.9”, Wi-Fi) (iPad8,5) — Download
  • iPad Pro 3 (12.9”, Wi-Fi, 1 TB) (iPad8,6) — Download
  • iPad Pro 3 (12.9”, Cellular) (iPad8,7) — Download
  • iPad Pro 3 (12.9”, Cellular, 1 TB) (iPad8,8) — Download
  • iPhone 5s (GSM/LTE) (iPhone6,1) — Download
  • iPhone 5s (CDMA/LTE) (iPhone6,2) — Download
  • iPhone 6 Plus (iPhone7,1) — Download
  • iPhone 6 (iPhone7,2) — Download
  • iPhone 6s (iPhone8,1) — Download
  • iPhone 6s Plus (iPhone8,2) — Download
  • iPhone SE (iPhone8,4) — Download
  • iPhone 7 (CDMA/GSM/LTE) (iPhone9,1) — Download
  • iPhone 7 Plus (CDMA/GSM/LTE) (iPhone9,2) — Download
  • iPhone 7 (GSM/LTE) (iPhone9,3) — Download
  • iPhone 7 Plus (GSM/LTE) (iPhone9,4) — Download
  • iPhone 8 (CDMA/GSM/LTE) (iPhone10,1) — Download
  • iPhone 8 Plus (CDMA/GSM/LTE) (iPhone10,2) — Download
  • iPhone X (CDMA/GSM/LTE) (iPhone10,3) — Download
  • iPhone 8 (GSM/LTE) (iPhone10,4) — Download
  • iPhone 8 Plus (GSM/LTE) (iPhone10,5) — Download
  • iPhone X (GSM/LTE) (iPhone10,6) — Download
  • iPhone XS (iPhone11,2) — Download
  • iPhone XS Max (iPhone11,4) — Download
  • iPhone XS Max (China) (iPhone11,6) — Download
  • iPhone XR (iPhone11,8) — Download
  • iPod touch 6G (iPod7,1) — Download

Kemaskini tambahan macOS 10.14.3

Kandungan kemaskini tambahan macOS Mojave 10.14.3 juga adalah bagi memperbetulkan isu pepijat panggilan video berkumpulan FaceTime serta isu Live Photos dalam FaceTime.

Pengguna Mac yang menggunakan macOS Mojave bolehlah memuat turun fail kemaskini tambahan ini terus dari Mac anda menerusi System Preferences > Software Update

Atau anda boleh memuat turun fail kemaskini ini secara berasingan di laman macOS Mojave 10.14.3 Supplemental Update (994.3MB).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here