Kepada anda yang masih menggunakan Flash Player, sila kemaskini aplikasi tersebut segera.

Pada hari ini Adobe telah mengeluarkan kemaskini terbaru bagi aplikasi popular yang bermasalah dari mereka iaitu Adobe Flash Player. Jadi, jika anda masih menggunakan aplikasi tersebut, silalah kemaskininya dengan kadar segera yang mungkin. Ini kerana menurut Adobe, kemaskini tersebut bagi mengelakkan Flash Player terdedah daripada serangan penggodam komputer (memang itulah masalah utama Flash Player). Sebelum ini mereka telah menerima laporan di mana terdapat cubaan serangan ke atas pengguna sistem operasi Windows 7, 8.1 dan 10.

kemaskini-terbaru-flash-player
Kemaskini terbaru versi Flash Player adalah berbeza mengikut jenis sistem operasi yang digunakan di komputer.

Kemaskini ini adalah bagi pengguna komputer Windows, Macintosh, Linux dan Chrome OS. Sebelum ini ariffmac pernah bincangkan adakah anda perlukan Flash Player di dalam komputer anda. Bagi kategori kemaskini ini, Adobe klasifikasikan ia sebagai prioriti utama dan Adobe menasihatkan pengguna supaya mengemaskini aplikasi tersebut dalam tempoh 72 jam. Untuk info lebih lanjut tentang kemaskini ini, sila ke laman web Adobe Security Bulletin. Bagi mengetahui versi Adobe Flash player yang anda gunakan, sila ke bahagian About Adobe Flash.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here