Kemaskini terbaru iOS 10.0.3
Kemaskini ini hanya untuk iPhone 7 dan 7 Plus sahaja.
Hari ini Apple telah mengeluarkan kemaskini terbaru untuk iOS 10. Walaubagaimanapun, kemaskini ini hanya untuk peranti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus sahaja. Jadi jika anda memiliki iPhone 7 terbaru ini, bolehlah mengemaskini iOS iPhone anda terus dari peranti. Kemaskini ini adalah bagi membetulkan sambungan talian telefon iPhone 7 di mana sebahagian pengguna peranti terbaru ini menghadapi isu kehilangan sambungan selular (no cellular connectivity). Jika anda menghadapi atau tidak sekalipun berkaitan isu tersebut bolehlah kemaskini peranti iOS 7 anda. Untuk info lebih lanjut tentang kemaskini ini anda boleh ke laman web Apple Support.
iPhone 7 merupakan generasi iPhone terbaru yang dihasilkan oleh Apple pada tahun 2016. ia dilengkapi dengan kamera berkembar (iPhone 7 Plus sahaja) dan pilihan warna terbaru Jet Black. Jika anda ingin memiliki iPhone terbaru ini, ada baiknya anda mengetahui terlebih dahulu serba sedikit tentang ciri-ciri terbaru serta beberapa maklumat tambahan berkaitan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus ini.
