Selain kemaskini terbaru macOS Sierra 10.12.3, Apple turut memuat naik fail kemaskini bagi pengguna iOS. Versi iOS terbaru adealah iOS 10.2.1 dan anda sudah boleh memuat turunnya sekarang terus dari peranti iOS anda. Ataupun anda juga boleh memuat turunnya melalui aplikasi iTunes dengan menyambungkan peranti anda ke Mac atau PC yang digunakan  (sesuai untuk peranti yang storannya dah penuh).

iOS-10.2.1
Saiz fail kemaskini ini mungkin berbeza mengikut jenis peranti iOS yang anda gunakan.

Apple tidak pula menyatakan dengan jelas tentang kandungan yang ada dalam kemaskini terbaru ini. Jadi, ia mungkin lebih kepada penambahbaikan, kestabilan dan keselamatan sistem iOS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here