Kemaskini terbaru bagi peranti iOS.

Hari ini Apple telah mengeluarkan kemaskini terbaru bagi iOS 10.2. Kemaskini ini dilengkapi dengan pelbagai ciri terbaru serta penambahbaikan dari aspek kestabilan dan keselamatan bagi sistem operasi iOS 10. Antara ciri terbaru yang dimuatkan dalam iOS 10.2 ini adalah seperti desain-desain terbaru emoji yang lebih menarik dan pelbagai, sokongan gambar berformat RAW bagi aplikasi Photos, penambahan efek di aplikasi Messages, menambah baik keupayaan dan sambungan bagi Bluetooth peranti iOS bersama aksesori pihak ketiga dan banyak lagi.

kemaskini-terbaru-ios-10-2
Saiz fail kemaskini berbeza mengikut jenis peranti iOS.

Jika anda adalah pengguna peranti iOS (iPhone, iPad dan iPod Touch), bolehlah menyemak dan memuat turun kemaskini terbaru iOS 10.2 ini terus dari peranti anda di Setting – General – Software Update. Tetapi sekiranya anda menggunakan peranti iOS storan yang bersaiz kecil (16gb) ataupun storan iOS anda dah penuh yang menyebabkan anda tidak boleh lakukan kemaskini tersebut terus dari peranti, anda terpaksalah lakukan kemaskini ini menerusi iTunes dari komputer anda.

Kepada anda yang masih belum menaik taraf peranti iOS anda ke iOS 10 pula bolehlah menaik tarafnya segera kerana terdapat pelbagai ciri-ciri menarik dan terbaru yang terdapat pada iOS 10 ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here