Untuk peranti iPhone 5, iPad 4 dan iPod touch generasi ke 6 dan ke atas.

Pada awal pagi tadi (sudah hampir 24 jam sebenarnya), Apple telah memuat naik kemaskini terbaru bagi peranti iOS. Kemaskini ini adalah bagi peranti iOS dan bermula dari generasi iPhone 5, iPad 4 dan iPod Touch 6 ke atas. Jika anda memiliki peranti-peranti tersebut, bolehlah anda mengemaskininya segera. iOS 10.3.1 muncul selepas hampir seminggu kemaskini peranti iOS 10.3 dimuat naik pada minggu lepas bersama dengan kemaskini bagi OS yang lain iaitu macOS Sierra 10.12.4, watchOS 3.2, tvOS 10.2 dan macOS Server 5.3.

Untuk iOS 10.3 terbaru ini, Apple telah menambah lagi beberapa ciri terbaru untuk pengguna peranti iOS seperti Find My AirPods dan sokongan perkakasan untuk sistem fail terbaru Apple yang dikenali sebagai Apple File System (APFS). Dengan sistem fail terbaru ini, ia dapat menjimatkan lagi penggunaan ruang storan pada peranti iOS. Selain itu juga, terdapat deretan penambahbaikan bagi keselamatan peranti iOS. Jadi sekiranya peranti iOS anda masih menggunakan lagi iOS 10.2 yang lama lagi, segeralah mengemaskininya. Serangan terbaru terhadap iOS dibuat melalui aplikasi pelayar web Safari.

Untuk kemaskini iOS 10.3.1 ini pula, Apple telah menambah baik iOS daripada serangan ke atas cip WiFi. Anda boleh mengemaskini perani iOS yang ada terus melalui peranti tersebut di Settings > General > Software Update dan tap pada Download and Install. Atau anda juga boleh memuat turun kemaskini ini melalui aplikasi iTunes dengan menyambungkan peranti tersebut ke komputer anda (Mac atau PC).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here