Kemaskini terbaru Java

Kemaskini terbaru Java ini bukan sahaja untuk pengguna Mac sahaja, tetapi juga kepada pengguna PC. Antara isu bagi kemaskini terbaru Java ini adalah berkaitan dengan kesilapan kotak dialog yang muncul memberitahu pengguna bahawa mereka belum menggunakan Java terbaru, meskipun mereka sudah mengemaskini aplikasi Java mereka dengan yang baru. Selain itu kemaskini ini juga berkaitan dengan isu keselamatan sistem operasi komputer yang menggunakan Java.

Kemaskini ini biasanya akan memberitahu secara automatik jika anda mengaktifkan butang automatik pada Java. Jika tidak, anda boleh semak dari System Preferences macOS. Anda boleh dapatkan info lebih lanjut berkaitan kemaskini ini dari laman web kemaskini Java.

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Kini beliau bertugas sebagai Tutor Sambilan di UPSI dan Pensyarah Sambilan di UUM.