Kemaskini terbaru untuk macOS Sierra akhirnya dimuat naik oleh Apple pada hari ini. macOS versi 10.12.3 ini adalah bagi menambahbaik beberapa isu yang dihadapi oleh MacBook Pro lewat 2016. Antara isu tersebut adalah penukaran kad fungsi automatik kad grafik pada MBP 15″ lewat 2016, fungsi panel Touch Bar di MBP 13″ dan 15″ lewat 2016 bersama perisian suntingan video¬†Adobe Premiere Pro, pembaikan pada ciri mengimbas dokumen PDF di aplikasi Preview dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang kemaskini ini anda boleh dapatkannya di laman web Apple Support. Selain daripada itu, terdapat juga kemaskini bagi aplikasi iTunes. Versi terbaru iTunes adalah 12.5.5. Anda boleh menyemak kedua-dua kemaskini ini terus dari App Store di bahagian Updates.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here