macOS
Dikemaskini pada 1.00p.m, 7 Disember 2017.

Pautan terbaru untuk muat turun manual fail kemaskini Combo macOS High Sierra 10.13.2. Saiz fail tersebut 3.02GB.

Apple pada awal pagi ini telah melepaskan kemaskini terbaru bagi macOS High Sierra 10.13.2.

Kemaskini ini melibatkan beberapa isu utama berkaitan dengan keselamatan dan kestabilan macOS. Kemaskini ini sebenarnya bukan sahaja melibatkan macOS 10.13.1 sahaja, tetapi juga adalah untuk macOS High Sierra 10.13, Sierra 10.12.6 dan OS X El Capitan 10.11.6.

Selain melibatkan isu keselamatan macOS, kemaskini ini juga menambahbaik kesesuaian peranti audio USB bersama Mac, menambahbaik penggunaan suara latar sebagai navigasi apabila memaparkan dokumen PDF di aplikasi Preview dan penambahbaikan terhadap keserasian paparan tulisan Braille pada aplikasi Mail bagi pengguna macOS High Sierra.

Anda boleh dapatkan senarai penuh tentang kandungan kemaskini ini di laman muka Apple Support.

Selain itu juga, terdapat kemaskini untuk aplikasi iTunes. Muat turun kemaskini ini boleh dibuat terus menerusi aplikasi Mac App Store dibahagian Updates.

Atau anda juga boleh memuat turun fail kemaskini ini secara manual terus dari laman muka muat turun macOS High Sierra 10.13.2. Fail kemaskini ini bersaiz 2.08 GB.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here