Apple OS
Juga terdapat kemaskini keselamatan bagi Sierra dan El Capitan serta peranti iOS, watchOS dan tvOS.  

Pada awal pagi ini, Apple telah meleapskan kemaskini terbaru bagi macOS High Sierra versi 10.13.6. Dalam kemaskini ini dimuatkan penambahbaikan terhadap kestabilan dan keselamatan bagi ciri AirPlay 2 yang disokong oleh aplikasi iTunes.

Selain dari itu, kemaskini ini juga membaiki isu yang boleh menghalang Aplikasi Photos daripada mengenali format media AVCHD dari beberapa jenis kamera.

Juga kemaskini ini membaiki isu yang boleh menghalang pengguna e-mel daripada memindahkan mesej dari Gmail ke akaun yang lain.

Jadi, kepada pengguna macOS High Sierra, anda bolehlah memuat turun kemaskini ini terus dari Mac App Store di bahagian Updates. Anda juga boleh memuat turun secara berasingan fail kemaskini macOS High Sierra 10.13.6 (saiz fail 1.88GB) di pautan ini.

Atau anda boleh memuat turun fail kombo kemaskini macOS High Sierra di pautan (saiz fail 2.49GB).

Sierra dan El Capitan

Selain dari kemaskini bagi macOS High Sierra, Apple turut melepaskan kemaskini keselamatan bagi 2 macOS terdahulu iaitu Sierra dan El Capitan. Anda boleh memuat turun kemaskini tersebut terus dari Mac App Store atau boleh juga memuat turun failnya secara berasingan dari pautan ini, Sierra Security Update 2018-004 / El Capitan Security Update 2018-004.

iOS, watchOS dan tvOS.

Selain Mac, terdapat juga kemaskini terbaru bagi peranti popular Apple yang lain iaitu iOS, watchOS dan tvOS. Versi terkini iOS 11.4.1 boleh dimuat turun oleh peranti iPhone 5s dan terbaru, iPad Air dan terbaru serta iPod touch generasi ke 6.

watchOS versi terkini, 4.3.2 adalah bagi kesemua model Apple Watch. Manakala tvOS 11.4.1 pula boleh dimuat turun bagi mereka yang memiliki Apple TV 4K dan Apple TV generasi ke 4.

iTunes, iCloud dan Safari

Apple juga turut mengemaskini aplikasi iTunes kepada versi 12.8 dan iCloud versi terkini 7.6 bagi sistem operasi Windows 7 dan ke atas. Aplikasi pelayar web Safari juga kini dikemaskini kepada versi 11.1.2 bagi OS X El Capitan 10.11.6, macOS Sierra 10.12.6 dan macOS High Sierra 10.13.6.

Anda boleh mendapatkan senarai penuh tentang kemaskini terbaru ini di laman muka Apple security updates.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here