macOS AND iOS
Hanya kemaskini minor.

Pada 15 Mei 2017 yang lalu, Apple telah pun mengeluarkan kemaskini terbaru bagi macOS Sierra iaitu versi 10.12.5. Kemaskini ini dimuat naik selepas tidak lama versi macOS 10.12.5 public beta 5 dikeluarkan. Walaubagaimanapun, dalam kemaskini ini, tiada ciri terbaru bagi macOS. Hanya penambahbaikan terhadap MacApp Store, menyelesaikan isu audio yang menggunakan fon kepala dengan sambungan USB dan sokongan bagi Windows 10 Creators Update yang menggunakan Boot Camp.

Kemaskini terbaru macOS Sierra 10.12.5
Senarai penuh kemaskini bagi macOS 10.12.5.

Selain itu, penambahbaikan terhadap ciri-ciri keselamatan macOS juga ditambah. macOS 10.12.5 merupakan kesinambungan daripada versi macOS 10.12.4 yang dilengkapi dengan ciri terbaru seperti Night Shift. Bagi anda yang belum mengemaskini macOS anda bolehlah berbuat demikian menerusi Mac App Store di bahagian Update.

P/s: Selain kemaskini bagi macOS, Apple turut mengeluarkan kemaskini bagi iOS 10.3.2, watchOS 3.2.2 dan tvOS 10.2.1. Manakala bagi anda yang masih menggunakan Mac OS X El Capitan 10.11.6 dan Yosemite 10.10.5 terdapat kemaskini keselamatan untuk anda. Juga terdapat kemaskini untuk pengguna Windows 7 dan ke atas yang menggunakan aplikasi iCloud dan iTunes for Windows.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here