iMac 2010
Kenapa anda perlu rajin servis, perkakasan dalaman Mac yang anda selalu guna?

Oleh Tuan Haji Ismail Ahmad.

Tak pernah buka atau cuci sejak beli memandangkan task iMac ni agak ringan. Jarang-jarang sekali buat foto edit… video edit jauh sekalilah. Hanya lebih banyak menaip dan berFB sahaja.

iMac ni di sambung dengan Corsair Straffe Mech Keyboard dengan menggunakan hack driver CKB.app.

CKB APP
CKB adalah open-source driver untuk papan kekunci dan tetikus Corsair dengan tujuan membawa ciri-ciri istimewa perkakasan tersebut kepada sistem macOS dan Linux. Tetapi bukanlah aplikasi rasmi dari Corsair.

Kebelakangan ni iMac mula kerap ‘hang’ dengan ghosting dalam Finder dan lagging pada semua arahan. Pada mulanya saya fikirkan app CKB ini yang membuat kacau tapi setelah tukar standad keyboard, masalah sama masih berlaku.

Imej Ghosting
Kredit foto: binaryage

Pada pengalaman saya, perkara ini biasa berlaku apabila CPU memasuki safe-mode kerana core temperature terlalu panas walaupun dalam aplikasi Macs Fan Control tidak menunjukkan iMac sepanas itu. Ini kerana Macs Fan Control membaca dari temp sensor CPU, ODD dan HDD bukan core temperature.

Dengan menjalankan ASD (Apple Service Diagnostics) 3S140, confirm yang CPU core temp adalah terlalu tinggi, berlegar dalam 70++ºC – hingga 90++ºC di mana ia mula menunjukkan simptom di atas. Dan secara fizikal, belakang iMac bagaikan oven roti, panas yang berlebihan. Mujurnya ia guna i3, CPU yang underclock dan mungkin sebab itu masih mampu hidup lagi.

macOS SierraJadi baraikanlah iMac ni untuk mungkin kali ke tiga atau keempat. Dikeluarkan motherboard, cuci, buka CPU dan GPU, tampal Cooler Master Thermal paste dan pasang balik.

Keputusan menakjubkan! Sebelum ini idle saya berlegar di antara 35ºC – 40ºC dan CPU Heatsink, GPU Diode, GPU Heatsink dan GPU Proximity dalam Macs Fan Control semua berlegar dalam 65ºC. Tetapi sekarang setelah diservis, idle temp sekarang adalah 25++ºC sahaja.

Idle temp
Idle temp selepas iMac diservis.
Mac Fans Control
Suhu CPU Heatsink, GPU Diode, GPU Heatsink dan GPU Proximity selepas iMac diservis.

Moral rentetean ini.

Servislah Mac anda serupa macam servis kereta. Buat sekurang-kurangnya 2 tahun sekali atau jika dalam keadaan yang maha berhabuk seperti penuntut di Saudi/Mesir, sekurang-kurangnya setahun sekali. Mac anda akan membalas dengan bertahun-tahun lagi penggunaan yang produktif.

“Yang terbaru tak semestinya yang terbaik”

Assalamua’laikum.

tuan haji ismail ahmadArtikel ini adalah hasil tulisan Tuan Haji Ismail Ahmad yang telah dikongsikan beliau di Group Facebook Mac User. Penerbitan artikel ini di AriffMac.com adalah dengan keizinan dari beliau sendiri. Tuan Haji Ismail Ahmad merupakan seorang peminat tegar Apple Inc. yang berpengalaman menggunakan Mac lebih daripada 20 tahun. Selain itu beliau juga seorang yang pakar dalam selok belok perkakasan dan perisian-perisian yang berkaitan dengan macOS.

P/s: Sekadar tambahan. Jika anda ingin servis Mac anda sendiri, AriffMac nasihatkan supaya anda dapatkan tunjuk ajar atau bantuan dari rakan-rakan yang sudah berpengalaman membuka perkakasan dalaman Mac (bergantung kepada jenis Mac).

Ini kerana setiap Mac memerlukan kemahiran membuka serta memasang semula perkakasannya yang turut memerlukan penggunaan peralatan khas yang sesuai dengannya.

Atau anda boleh mempelajari sendiri cara membuka dan memasang Mac anda dari laman web iFixit. Atau kalau anda rasa tidak yakin, sebaiknya anda menghantar Mac tersebut ke pusat servis komputer yang memang KHUSUS membaik pulih komputer Mac. JANGAN anda menghantar ke sebarang pusat servis komputer (PC) yang tidak punya pengetahuan dan pengalaman dengan Mac.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here