Bangunan pejabat Apple di California itu sebenarnya tidak menyentuh bumi.

Apple Park, kampus terbaru Apple mula diumumkan oleh Steve Jobs dalam tahun 2006 dahulu. Pembinaannya pula bermula pada lewat 2013.

Pada tahun 2017, lebih daripada 12,000 pekerja Apple berpindah dari pejabat lama mereka, 1 Infinite Loop, Cupertino, CA yang beroperasi sejak 1993 ke Apple Park secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan.

1 Infinite Loop. Kredit: Glassdoor

Apple Park telah siap sepenuhnya pada awal tahun 2018 lalu yang mempunyai keluasan 175 ekar.

Apple Park didakwa bernilai hampir USD5 bilion, sekaligus menjadikannya antara bangunan paling mahal di dunia yang pernah dibina.

Bangunan berbentuk bulat infiniti seakan UFO itu menggunakan kuasa tenaga hijau sepenuhnya menerusi panel solar yang dipasang pada keseluruhan bumbung bangunan tersebut.

Sekaligus menjadikannya sebagai bangunan tunggal yang dipasang panel solar terbanyak di dunia.

Kredit: Drone World

Selain itu, dalam interview Jony Ive dengan The New York Times, beliau ada memaklumkan bahawa keseluruhan tapak bangunan Apple Park itu sebenarnya tidak menyentuh bumi.

Sebaliknya ia tergantung berplatfomkan menggunakan teknologi yang dikenali sebagai “base-isolation”.

Sebanyak 692 tapak keluli (steel saucers) dijadikan platfom untuk mengapungkan bangunan Apple Park dari tanah. Kredit: The New York Times

Teknologi tersebut telah dicadangkan oleh beliau dan Steve Job yang diinspirasikan dari bangunan yang dibina di Jepun untuk digunakan pada Apple Park bagi menangani masalah gegaran gempa bumi.

Walaubagaimanapun, teknologi tersebut bukanlah kalis gempa bumi sepenuhnya.

California memang diketahui umum bahawa ia sebuah negeri gempa bumi di A.S kerana kerap berlakunya gegaran bumi kecil. Ini kerana ia terletak di atas plat pergerakan bumi Pasifik dan Amerika utara yang aktif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here