Kalau dia berjaya scam aku pun, mesti mangkok hayun tu nyesal.

Semalam berlaku perbualan antara saya dengan seorang individu yang menggunakan nama samaran VC Portrait di Facebook (Fb) Messenger. Perbualan ini berlaku selepas saja saya meng ‘approve’ dia sebagai kawan dari ruang Friend Request Fb.

Kesilapan pertama

Tidak lama selepas dia diterima sebagai kawan Fb saya, dia menghantar mesej yang berbunyi begini “Asalam, terima kasih”. Kemudiannya dia juga turut menghantar gambar bagi menunjukkan yang kononnya itu adalah dirinya.

Scammer
Ini gambar yang dihantar. Muka aku kaburkan.

Ini adalah kesilapan pertama yang saya lakukan di sini sebab menerima dia sebagai kawan Fb tanpa menyiasat latar belakangnya terlebih dulu (Biasanya aku siasat dulu senarai di Friend Request tu, tapi kali ni terlepas pandang plak).

Kemudian pada sebelah petangnya, dia sekali lagi menghantar mesej bertanyakan bolehkah saya bekerja di syarikatnya.

scammer
Aku layankan je…

Selepas itu, saya pun berfikir dan mulai rasa pelik sebab tetiba saja terima tawaran kerja. Aku memang tengah takde kerja pun, jadi aku pun layankan lah.

Perkara pelik kedua

Perkara pelik yang pertama tadi adalah dia menghantar gambarnya pada saya pada awal tadi. Itu pun dah cukup pelik sebenarnya (Buat apa hantar gambar).

Tapi yang kedua ni menambahkan lagi syak saya yang saya sedang berdepan dengan seorang scammer (mungkin sedang belajar nak jadi scammer agaknya).

Selepas membalas tawarannya dan meminta sedikit info darinya, dia menyatakan yang dia berasal dari Sabah (kahkahkah adoiyai).

Scammer
Petanda jelas yang menunjukkan mangkok hayun ni seorang scammer. Awal-awal dah kantoi!

Jika dilihat pada kenyataan dari dia, sudah cukup jelas yang menunjukkan dia ini adalah seorang scammer.

Kenali ciri tipikal seorang scammer

Perkara pertama yang saya boleh tahu dia adalah seorang scammer adalah susunan dan gaya ayat yang digunakan. Saya belajar di Universiti Malaysia Sabah, berada di sana lebih 8 tahun (sejak 2005 hingga 2013). Jadi, boleh tahulah gaya atau bunyi orang Sabah bila cakap omputih.

Dia mengatakan yang dia berasal dari Sabah, tetapi dari susunan gaya ayat yang ditunjukkan lebih menggambarkan yang dia adalah seorang negro (mungkin lelaki atau wanita).

Ciri kedua…

Perkara kedua yang saya perasan adalah nama yang diberikan. Ni memang lawak. Katanya berasal dari Sabah, tapi nama yang diberikan adalah Abdul Ahmad Mohammed.

Setahu aku lah, takdelah pulak kawan-kawan Dusun, Bajau, Murut, Suluk, Rungus atau pun Melayu dan lain-lain yang asal Sabah menggunakan nama yang bunyi serupa Arab. Hahahaahaha.

Ciri ketiga…

Dalam kenyataan perkenalkan diri itu juga dia mengatakan yang dia memiliki hotel di Jordan dan Australia. Ini merupakan antara ciri tipikal seorang scammer untuk memberikan gambaran kepada mangsa yang dia seorang yang kaya-raya, berjawatan dan hebat.

Ciri keempat…

“Can you forward your WhatsApp number and your email address number!” 

Ayat terakhir memperkenalkan diri di atas memang pelik, jika anda ditawarkan kerja. Sebab kebiasaannya, syarikat atau bos tidak akan minta maklumat peribadi seperti nombor telefon atau alamat e-mel calon.

Perkara yang sepatutnya diminta adalah resume yang perlu dihantar kepadanya menerusi alamat e-mel rasmi pihak mereka.

Jadi, saya teruskan melayannya lagi dengan membalas menyatakan yang saya tiada nombor WhatsApp.

scammer
Aku memang tengah takdak telefon pun sekarang mangkok!

Selepas berkata begitu, dia pun terkejut dan hanya membalas ringkas “Ok”.

Jadi, ada apa dengan nombor WhatsApp dan alamat e-mel?

Kenapa dia meminta nombor WhatsApp dan alamat e-mel dari saya? Sedangkan jika seseorang telah diterima sebagai kawan Fb, dia sepatutnya boleh mengakses data peribadi Fb saya seperti nombor telefon dan alamat e-mel yang terdapat di Fb.

Apabila saya semak semula tetapan yang dibuat pada akaun Fb, didapati saya tidak membenarkan atau berkongsikan nombor telefon dan alamat e-mel saya untuk dilihat oleh orang lain. Jadi, memang berbasib baik.

Tetapan privasi Fb
Tetapan Fb ini berada di bahagian About – Contact and Basic Info. Nasib baik.

Jadi, sebab itulah si scammer ni minta nombor telefon dan alamat e-mel saya. Tapi ada juga scammer yang saya terima dari e-mel.

scammer
Antara bentuk scam melalui e-mel yang saya terima.

Scam melalui e-mel kebiasaannya akan dimasukkan secara automatik ke bahagian Spam. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan teknik scam melalui e-mel dan WhatsApp.

Ini kerana, 2 platfom ini merupakan antara lubuk utama scammer untuk mencari dan seterusnya menipu mangsa-mangsa mereka.

WhatsApp yang diperkenalkan pada 2009 kini mempunyai lebih daripada 1.2 bilion pengguna aktif di seluruh dunia dan rakyat Malaysia merupakan pengguna yang paling  paling ramai di dunia menggunakan aplikasi WhatsApp (sumber: Reuters Institute Digital News Report 2017).

Menganalisis dan menyiasat

Banyak perkara yang saya pelajari daripada scammer ini. Selain menganalisis mesej-mesej yang diterima, saya juga menyiasat dengan terperinci latarbelakang dia dari akaun Fb miliknya.

Saya melihat lokasi yang pernah dia check-in sebelum ini dan didapati terdapat 2 lokasi yang beliau pernah lawati iaitu Malaysia dan Puerto Rico.

Jadi saya rasa yang mamat ni mungkin seorang pelajar luar negara yang berasal dari Puerto Rico yang sedang sambung belajar di Malaysia.

Selain itu, dari info yang dipaparkan di bahagian Likes Fb nya juga dapati, perkara kesukaannya adalah menjurus kepada komuniti agama Kristian kulit hitam. Jadi, ini sudah bercanggah jauh dengan nama yang diberikan di awal tadi.

Jadi memang sah lah yang mamat negro ni memang bukan orang Sabah mahupun berasal dari mana-mana negeri di Malaysia.

Saya juga turut perasan nama daftar akaun Fb nya juga adalah jauh berbeza yang amat sangat dengan nama samaran Fb yang digunakan dan nama yang diberikan kepada saya.

scammer
Macam-macam nama dia… cuba berselindung disebalik nama.

Malah dia juga membuat pengenalan diri (Intro) di akaun Fb nya dengan pautan ke laman Fb yang tidak menggambarkan personaliti dirinya dan turut baru mewujudkan laman muka palsu yang kosong.

Kesimpulan… apa yang saya belajar…

Perkongsian ini adalah bagi memberikan informasi bagaimana seseorang scammer cuba mendekati anda.

Tetapi, ia semua bergantung kepada tahap kesedaran kita kepada peri pentingnya melindungi data privasi kita kepada orang lain. Jangan senang-lenang klik atau terlalu terbuka menerima seseorang sebagai rakan di media sosial.

Ambil sedikit masa untuk menyiasat latarbelakang mereka atau abaikan sahaja jika ia kelihatan mencurigakan kepada anda. Sekaligus tidak membuang masa anda.

Anda juga boleh bertanyakan pada kawan-kawan bagi mendapatkan info lebih lanjut dan nasihat daripada mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa scam.

Sebagai contoh, saya ada menghubungi rakan dan saudara-mara yang berda di Sabah bagi mendapatkan kepastian (terima kasih abang Meor).

Malah saya hubungi sahabat saya yang berada di Mesir bagi mendapatkan pandangan (terima kasih Kocek).

Selepas beberapa ketika, si scammer ni tidak lagi menghantar mesej kepada saya. Jadi saya pun bertanyalah pada si scammer ni…

scammer
Takdak modai dah dia nak menipu.

Online Scam bermaksud percubaan untuk menipu seseorang individu supaya membayar atau menyerahkan maklumat privasi pengguna secara atas talian kepada pihak yang tidak dikenali.

Terdapat 4 teknik scam yang biasa digunakan iaitu Love scam, Weight loss, Lottery winner dan Nigerian Prince scam (sumber: Avira)

Pada sesetengah orang, mungkin isu scam ini isu remeh. Tetapi ramai rakyat Malaysia yang sudah menjadi mangsa mereka. Baru-baru media melaporkan terdapat seramai 4 orang wanita telah kerugian setengah juta ringgit angkara Macau Scam.

Biasanya jumlah mangsa yang teraniaya pada satu-satu kes adalah tidak ramai tetapi ia melibatkan kerugian wang yang besar sehingga ada yang melebihi jutaan ringgit.

Manakala, mangsa scam pula kebiasaanya adalah terdiri daripada wanita yang berkerjaya seperti guru, kakitangan kerajaan dan swasta, pesara, ibu tunggal dan lain-lain.

Tetapi, kalaulah mamat ni berjaya scam aku sekali pun lah kan, mesti dia menyesal sebab duit dalam bank cuma ada banyak ni ja…

baki akaun
Hehehehe…

5 COMMENTS

  1. Hi.. Awak nk tanya.. Ada tektik terbaru tak scammer.. Boleh dikatakan senarai yang awak bgi.. Semua saya sudah kena dan laluinya.. Okey past.. Cuma yang terbaru ni.. Teknik bank luar contact melalui email utk transfer sejumlah duit kedalam akaun saya..saya cuma perlu isi maklumat peribadi, berserta scan photo gambar atau scan notional i. D card..

    • Assalamualaikum, hai cik/puan pahabaq? Sebenarnya kalaunak diikutkan memang akan ada saja cara baru scammer gunakan. Teknik penipuan bank ini pula adalah salah satu cara popular yang kerap digunakan. Ramai yang kena termasuklah saya. Jadi abaikan sahaja dengan emel scammer ni. Lagi satu cara yang kembali popular adalah pengguna menggunakan teknik ugutan kononnya mereka miliki rakaman video lucah pengguna. Jadi jangan mudah terpedaya dengan helah dan ugutan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here