pepijat di macOS
Ciri terbaru macOS High Sierra – pepijat tersembunyi…

Apa dah jadi dengan macOS? Boleh dikatakan hampir setiap bulan, pelbagai pepijat yang menyebabkan macOS High Sierra beroperasi secara abnormal ditemui oleh penggunanya.

Pepijat terkini yang ditemui di macOS High Sierra adalah pada paparan toolbar di Mac App Store. Pepijat tersebut telah ditemui oleh Cabel Sasser dan beliau telah mengkongsikannya di laman Twitter beliau hari ini.

Pepijat tersebut menyebabkan toolbar Mac App Store makin menurun apabila setiap kali perubahan tetapan pada bahagian Appearance di General – System Preferences diubah.

Sebelum ini, pengguna Mac telah menemui pepijat berkaitan dengan kelemahan ciri keselamatan macOS High Sierra di mana ia membolehkan sesiapa sahaja mengakses sepenuhnya akaun pentadbir tanpa memasukkan kata laluan di System Preferences. Cukup sekadar memasukkan perkataan ‘root‘ pada ruang Nama Pengguna.

Kemudiannya tidak berapa lama beberapa minggu yang lalu, pepijat macOS High Sierra lain lagi ditemui yang menyebabkan sesiapa sahaja boleh mengakses tetapan di App Store System Preferences. Ini adalah antara pepijat-pepijat terbaru yang telah dijumpai di macOS High Sierra.

Walaupun pepijat terbaru kali ini tidak melibatkan ciri keselamatan macOS yang serius, tetapi penemuan-penemuan pepijat ini menjadikan ia seolah-olah seperti ciri tersembunyi yang dimuatkan Apple ke dalam macOS. Selepas ini apa pula ciri pepijat tersembunyi yang bakal ditemui di macOS High Sierra?

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here