Lapor Masalah aplikasi App Store

Anda boleh memohon untuk dapatkan semula wang transaksi pembelian aplikasi dari App Store yang dibuat dalam tempoh 90 hari.

Baru-baru ini, terdapat beberapa pembaca mengadu tentang masalah aplikasi yang tidak habis dimuat turun dan berlakunya pembelian aplikasi dari App Store yang tidak dibuat mereka.

Jadi, jika anda hadapi masalah seperti itu, anda boleh melaporkannya kepada pihak Apple di laman muka Report a Problem.

Laman ini membolehkan para pemilik akaun Apple melaporkan masalah berkaitan aplikasi, servis langganan, filem dan program TV yang disewa, pembelian lagu-lagu dan juga buku.

Malah anda juga boleh memohon kepada Apple bagi mendapatkan semula wang dari transaksi pembelian aplikasi atau servis langganan yang diragui atau anda tidak melaksanakan proses pembelian yang telah berlaku.

Langkah-langkah membuat laporan

1.Daftar masuk ke laman Report a Problem dengan menggunakan akaun Apple anda.

2. Kemudian, anda akan terus* di bawa ke bahagian Report a Problem di mana anda boleh melihat aplikasi, servis langganan, filem dan program TV , pembelian lagu-lagu dan juga buku yang telah dimuat turun oleh anda dalam tempoh 90 hari.

Report a problem
Anda juga boleh melihat dan mendapatkan resit pembelian. Tetapi hanya aplikasi atau servis langganan yang berbayar sahaja yang Apple sediakan resit. Aplikasi atau servis percuma tidak disediakan resit. 

3. Seterusnya, untuk mula membuat laporan kepada Apple terhadap sesebuah aplikasi (sebagai contoh), anda bolehlah klik pada butang Report a Problem.

Choose a problem

4. Di sini anda boleh memilih 4 jenis laporan masalah aplikasi tersebut:-

  • I didn’t authorise this purchase
Anda perlu menaip deskripsi masalah aplikasi tersebut sebelum klik butang Submit.
  • Item didn’t download or can’t be found – pilihan ini akan memberikan butang pautan ke aplikasi iTunes atau App Store bagi anda melihat semula kesemua aplikasi yang telah dimuat turun anda sebelum ini.
  • App fails to install or won’t download – pilihan ini akan memberikan butang pautan ke laman pembangun aplikasi tersebut. 
  • App doesn’t work or behave as expected – pilihan ini akan memberikan butang pautan ke laman pembangun aplikasi tersebut. 

Hanya dalam tempoh 90 hari

Laman muka Report a Problem ini dapat membantu anda melihat semula kesemua aplikasi yang telah dimuat turun dan servis yang pernah dilanggan atau yang sedang dilanggan anda.

Manakala, untuk mendapatkan semula transaksi pembayaran lalu berdasarkan laporan permasalahan terhadap aplikasi atau servis, aduan itu perlulah dibuat dalam tempoh 90 hari dari tarikh pembayaran dibuat.

Sekiranya lebih dari tempoh tersebut, anda tidak layak untuk mendapatkan semula wang anda.

*Proses mendaftar masuk ke laman Report a Problem ini berbeza sedikit sekiranya anda mengaktifkan ciri Two-Factor Authentication

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here