App Store

Dari 150MB kepada 200MB.

Apple secara diam-diam telah menaikkan had limitasi memuat turun aplikasi dari App Store yang bersaiz lebih besar bagi peranti iOS.

Sebelum ini pengguna iPhone hanya boleh memuat turun aplikasi dari App Store yang bersaiz tidak lebih daripada 150MB menerusi sambungan selular.

Tetapi bermula dalam minggu ini, Apple telah menaikkan had tersebut kepada 200MB. Bermakna pengguna iPhone kini boleh memuat turun pelbagai aplikasi dan kandungan lain yang ditawarkan di App Store lebih banyak lagi menerusi sambungan selular.

Ini termasuklah aplikasi permainan, video podcast, filem, lagu, rancangan televisyen dan lain-lain yang terdapat di dalam App Store.

Pada September 2017 dahulu, Apple juga pernah menaikkan limitasi muat turun aplikasi App Store menerusi sambungan selular, dari 100MB kepada 150MB.

 

Sumber artikel: 9TO5Mac

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here