AirPower

Apple menamatkan pembangunan peranti pengecas tanpa wayar AirPower.

Selepas hampir 2 tahun selepas ia diperkenalkan, Apple dilaporkan secara rasminya telah berputus asa dengan pembangunan peranti pengecas tanpa wayar AirPower.

AirPower pertama kali dipertontonkan adalah pada acara istimewa Apple bulan September 2017 dahulu bersama iPhone X.

Apple menyatakan, AirPower mampu mengecas peranti Apple iPhone, Apple Watch, dan AirPods dengan serentak.

Walaubagaimanapun, hari ini Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Perkakasan Appe Inc, Dan Riccio berkata mereka terpaksa membatalkan sepenuhnya pembangunan peranti tersebut.

“After much effort, we’ve concluded AirPower will not achieve our high standards and we have cancelled the project. We apologize to those customers who were looking forward to this launch. We continue to believe that the future is wireless and are committed to push the wireless experience forward”

Sebelum ini memang terdapat spekulasi tentang cabaran rekaan teknikal dalam pembangunan AirPower.

Punca utama kepada pembatalan pembangunan peranti ini dikaitkan dengan isu kepanasan AirPower apabila ia digunakan.

Kegagalan ini merupakan satu tamparan kepada pihak Apple kerana CEO Apple, Tim Cook sebelum ini menyatakan bahawa produk-produk Apple akan datang bakal “blow you away“.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here