aplikasi SAFARI
Kalau Mac OS X anda alami isu ‘hang’ lepas update.

Baru-baru ini terdapat sebahagian besar pengguna/pemilik Mac mengalami masalah dengan Mac OS X yang baru di update. Mereka dapati Mac OS X El Capitan 10.11.4 dan 10.11.5 seringkali jadi tergendala (‘hang’ x berfungsi). Sebelum ini antara penyebab utama Mac OS X  tergendala adalah kerana disebabkan oleh aplikasi pelayar web Safari.

Jadi, selepas menyemak semula dan mencari penyebab punca utama kepada masalah tersebut, ariffmac dapati ia masih lagi berpunca daripada aplikasi Safari. Masalah ini kebanyakannya berlaku kepada pengguna Mac dengan Retina Display (sepertimana yang berlaku kepada kawan ariffmac). Kalau dulu ia disebabkan oleh Smart Search Field Safari, tapi kali ini pula ia berpunca daripada WebGL. WebGL diaplikasi Safari merupakan pengaturcaraan JavaScript yang berfungsi bagi membolehkan pelayar web memainkan grafik 3D dan 2D, tanpa menggunakan sebarang plugin.

Sekiranya anda hadapi isu Yang sama, bolehlah anda cuba dengan menyah aktifkan fungsi WebGL ini. Cara untuk menyah aktif fungsi WebGL ini adalah melalui Preferences Safari. Kemudian pilih tab Security dan pastikan tanda pada kotak Allow WebGL dikosongkan.

Safari2

Cumanya, jika WebGL tidak diaktifkan, video atau grafik yang dimainkan oleh Safari tidak begitu lancar. Bagi mendapatkan info lanjut tentang WebGL Safari, sila klik di sini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here