Beberapa minggu yang lepas, ariffmac telah kongsikan kenapa Mac anda slow terhegeh-hegeh…bahagian 1, 2 dan 3. Akhirnya tibalah sudah bahagian akhir. Macam boleh buat tesis master je ni.

Baik, tanpa membuang masa soalannya, mengapakah Mac anda masih lagi lembab beroperasi? Asyik dok keluar bola pantai tu je kan. Sebab-sebabnya adalah…

1. Salah si RAM

FreeImages.com/Armin Hanisch.

Zaman sekarang ni mana-mana komputer pun sekurang-kurangnya akan mempunyai 4GB RAM. Itu memang dah jadi syarat wajib. Walaubagaimanpun, kalau diikutkan kerja-kerja yang semakin bertambah serta perisian-perisian menjadi semakin canggih dan berkuasa, adalah baiknya kalau RAM Mac anda tu ditambah kepada 6, 8, atau 16GB.

Ikut kemampuan Mac anda setakat mana RAM Mac tu boleh ditambah. Tapi pastikan RAM yang dibeli tu memang untuk Mac (Cerita teknikal RAM ni akan dibincangkan dengan lebih lanjut nanti). Kalau pakai Mac Pro Tower, tapi RAM 2GB, apa cerita? (berdasarkan kisah benar).

2. Salah Processor…ke?

“FreeImages.com/Tibor Szentmarjay”

Ini macam lebih kepada salah tuan komputer tu. Kalau dah tau yang Mac tu dah tua, janganlah dipaksa dia bekerja keras. Buatlah kerja-kerja yang menggunakan perisian, ikut kemampuan processor komputer anda.

Kalau guna Macbook Pro, processor Intel Core 2 Duo, gasak buat editing guna FCPX, memang meraunglah Mac tu. Jadi apa lagi, beli lah yang baru. (Jenis kesesuaian Mac untuk anda akan dibincangkan juga nanti).

3. Cakera keras (HDD) atau Solid State Drive (SSD) rosak

“FreeImages.com/Patataj Patataj”

Ini pun sebenarnya berpunca daripada salah sendiri. Sebab tak baca bahagian 1,2 dan 3 yang ariffmac kongsikan sebelum ni. HDD memang boleh rosak jika tiada penyelenggaraan dilakukan pada sistem operasi Mac.

Penggunaan yang melampaui keupayaan HDD, serta cara anda melayan Mac anda terutamanya keluarga Macbook. HDD konvensional (yang jenis berpusing tu, bukan SSD) lebih terdedah kepada kerosakan mekanikal sebabnya…akan bersambung di lain masa….

4. Kad Grafik Video dah uzur

Seperti yang ariffmac beritahu tadi, kalau Mac tu dah tua silalah upgrade kan Mac anda. Kad grafik video ni amat penting terutamanya kepada anda yang selalu membuat kerja-kerja grafik, suntingan video dan main game.

Bagi pengguna dalam keluarga Macbook, Mac mini, dan iMac memang tak boleh upgrade lah kad grafik tu. Tapi kalau yang pakai Mac Pro, masih ada harapan lagi (cuma tengok dulu duit dalam bank tu cukup tak).

5. Ruang storan HDD penuh

Hard_disk_drive_system

Tidak semestinya bersaiz besar itu bagus

PC yang ariffmac guna dulu pada 1999, saiz storannya hanya bersaiz 2.1GB aje. Tapi itu pun belasah buat Photoshop, main game, design GUI dan programming untuk assignment masa belajar diploma dulu. Tapi Itu dululah, sekarang ni memang takpatlah.

Sekarang ni anda sekurang-kurangnya memerlukan HDD berkapasiti 256GB. Bagi yang membuat kerja-kerja grafik, fotografi, audio dan suntingan video pula (senang cerita bidang kreatif), paling kurang pun 500GB (itu pun rasanya tak cukup).

Bergantung kepada keperluan anda (kalau anda bergaul dengan fail raw, full HD dan 4K, paham-paham je lah). Jangan biarkan HDD anda terlampau penuh dengan data, perisian dan aplikasi yang tidak digunakan. Sampaikan Mac OSX nak bernafas pun susah.

Akhirnya, selesai sudah kesemua info punca penyebab Mac anda jadi lembab terhegeh-hegeh. Buat masa ini itu sahaja yang ariffmac dapat kongsikan. Jadi, kalau Mac tu masih jugak lagi lembaaaaaaaaabb je, bolehlah fikir-fikirkan untuk dapatkan yang baru ye. 😉

(Artikel asal telah ditulis oleh JP Zhang di http://www.softwarehow.com/why-mac-slow/. ariffmac menggunakan tips beliau dengan menggabungkan pengalaman ariffmac sendiri dan mengolahnya dengan gaya bahasa tersendiri.)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here