Sebelum ini ariffmac telah berkongsi tentang kenapa “4 sebab Mac anda slow terhegeh-hegeh…bahagian 1“.  Permasalahan bagi pihak anda sebagai pengguna Mac sudah diselesaikan. Jadi adakah Mac anda sudah pantas sekarang? Ataupun anda masih rasakan yang Mac anda masih lagi perlahan terkedek-kedek macam siput?

Puncanya…

Pelayar web

browser

Sekiranya anda masih rasa Mac anda perlahan, mungkin ia disebabkan oleh perisian atau aplikasi  yang ada di dalam Mac anda. Antaranya adalah aplikasi pelayar web seperti Safari, Chrome, Firefox dan banyak lagi. Ini kerana aplikasi pelayar-pelayar web ini menyimpan pelbagai data berguna dan tak berguna (junk files) dari setiap laman web yang anda layari (maksudnya datang dari seluruh dunialah).

Onyx
Aplikasi onyx

Data-data ini tersimpan di dalam memori cache sistem Mac anda yang jadi penyebab Mac anda berat dan lembab. Jadi sebaiknya ringankan semula Mac anda dengan membuang semua data-data tersebut. Cara paling cepat adalah dengan menggunakan aplikasi Onyx (Free). Onyx akan membuang segala data daripada semua aplikasi pelayar web yang anda ada. Jadi tak perlulah nak buka satu-satu aplikasi untuk padam data tu.

2. Jangkitan virus dan malware.

Sophos Anti Virus
Aplikasi Anti Virus Sophos

Masih perlahan? Kalau macam tu, ini mesti disebabkan oleh jangkitan virus (kuman takde) atau kehadiran malware (aplikasi jahat yang datang ntah dari mana). Cara nak kesan dan lindungi Mac anda dari virus dan malware ni adalah dengan menggunakan perisian anti virus seperti Sophos, Avira dan Avast (3 ni free, nak yang tak free pun ada macam Kaspersky dan Bitdefender). Perisian-perisian ini akan dapat menambahkan lagi sistem pertahanan Mac anda yang sedia ada.

3. Time Machine dan iCloud.

Time Machine

Apabila 2 proses ini berlangsung, Mac anda memang akan perlahan sebentar. Time Machine merupakan sistem sokongan (backup) yang akan menyalin semua data dan sistem ke dalam storan tambahan (external hard disk). Tetapi biasanya hanya untuk kali pertama backup sahaja yang akan mengambil masa lama (bergantung kepada saiz data Mac anda).

iCloud

Begitu juga dengan iCloud yang merupakan sistem backup onlinepercuma 5gb daripada Apple. Selebihnya anda perlulah bayar untuk tambah lagi saiz storan iCloud anda. Ia bertujuan untuk mewujudkan sistem backup online yang boleh anda capainya walau di mana saja anda berada dengan menghubungkan kesemua gajet Apple yang anda ada di awan (server la tu). Jadi sekiranya anda sedang membuat backup menggunakan Time Machine atau iCloud, kena bersabar sikit, sebab Mac memang akan lambat sedikit.

4. Internet anda slow.

internet ariffmac
Memang lembab terkedek-kedek internet aku ni….

Umm, yang ni memang salah sendiri. Kalau dah internet tu slow, memang lambatlah Mac nak layari internet. Jadi apa lagi, boleh pergi tambah kelajuan internet anda. Kalau dulu pakai 3G, tukar kepada 4G, yang pakai streamyx, tukar kepada unifi. Kalau dah kawasan tu tiada 4G dan unifi, pakai je lah apa yang ada. Yang penting sabar. 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here