Sejak dilancarkan pada November lalu, barisan model terbaru Mac yang dikuasakan oleh cip pemprosesan M1 telah menerima pujian ramai penggunanya.

Setakat ini, hanya 3 model Mac sahaja yang dilengkapi dengan cip Apple M1 iaitu MacBook Air, MacBook Pro 13″ dan Mac mini.

Untuk model Mac mini M1 (2020), Apple baru-baru ini telah mengeluarkan senarai perbandingan penggunaan kuasa yang digunakan oleh Mac mini M1 berbanding generasi model-model Mac mini terdahulu.

Melihat kepada perbandingan yang dikongsikan Apple, secara keseluruhannya Mac mini M1 adalah jauh lebih jimat penggunaan kuasanya berbanding Mac mini Intel.

Apple menyatakan, penggunaan kuasa tertinggi bagi Mac mini M1 hanyalah pada kadar 39 W sahaja berbanding Mac mini Intel (2018) yang menggunakan kuasa sehingga 122 W.

Tidak setakat itu, suhu termal yang dihasilkan Mac mini M1 juga adalah jauh lebih rendah iaitu hanya setinggi 133 BTU/h (British Thermal Units/hour) sahaja.

Ia adalah jauh berbeza berbanding model Mac mini Intel (2018) yang mencecah suhu termal tertingginya sehingga 417 BTU/h.

Kredit: Apple

Selain membandingkannya dengan Mac mini Intel 2018, Apple turut membandingkan penggunaan kuasa dan termal Mac mini M1 dengan 18 lagi model Mac mini terdahulu termasuklah model Mac mini 2014, Mac mini 2012 dan Mac mini 2006 dahulu.

Mac mini M1 sudah pun boleh dibeli dari semua penjual sah Apple di Malaysia seperti Switch, Mac City dan iTworld.

Atau anda juga boleh membeli Mac mini M1 dari laman stor rasmi Apple Malaysia khususnya jika mahu membuat tempahan kustomasi spesifikasi bagi Mac mini tersebut.

Spesifikasi perkakasan tertinggi yang boleh dikustomasi ke atas Mac mini M1 (2020).

Harga jualan Mac mini M1 bermula dari RM2,999.00 sahaja tetapi harganya boleh mencecah sehingga RM6,999.00.

Atau anda boleh mendapatkan diskaun ke atas Mac mini M1 sehingga RM410 menerusi pembelian di laman rasmi Apple Education Store.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here