Muat turun segera kemaskini terbaru Mac OS X El Capitan anda.

Awal pagi tadi Apple Inc. telah mengeluarkan kemaskini terbaru untuk sistem operasi Mac OS X El Capitan versi 10.11.6. Kemaskini ini adalah bagi menambah baik kestabilan, keselamatan dan lain-lain dalam Mac OS X. Ia juga menyelesaikan beberapa isu permasalahan yang dihadapi oleh pengguna Mac. Untuk mengemaskini Mac anda, anda boleh terus saja kemaskini melalui aplikasi App Store dibahagian Update. Ataupun anda boleh muat turun fail kemaskini tersebut di laman web rasmi Apple.

UPDATE-10.11.6

Jika anda muat turun dari laman web Apple, ariffmac nasihatkan supaya anda muat turun fail OS X El Capitan 10.11.6 Combo Update. Cuma saiz fail tersebut agak besar iaitu 1.5GB. Fail kemaskini kombo ini adalah sesuai untuk semua jenis Mac yang anda gunakan. Sebab ariffmac nasihatkan supaya pilih fail kemaskini tersebut sebab pernah berlaku, kalau tak silap 7 atau 8 tahun yang lepas di mana pengguna Mac yang memuat turun fail kemaskini Mac OS X bukan kombo telah mengalami masalah. Pihak Apple sendiri telah menasihatkan keapada pengguna Mac supaya memuat turun fail kemaskini kombo bagi menyelasikan masalah tersebut. ni hanya untuk anda yang muat turun fail kemaskini dari laman web Apple sahaja).

Bagi anda yang kemaskini dari App Store, tidak perlu muat turun kemaskini kombo tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang kemaskini Mac terbaru ini sila klik di sini. 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here