Masalah dipercayai ada kaitan dengan serangan virus.

Komuniti pembikin filem Hollywood hari ini melaporkan mereka berdepan dengan isu tidak boleh ‘reboot‘ komputer Mac Pro mereka.

Secara khususnya, model Mac Pro terdahulu iaitu keluaran 2013 yang lebih popular dipanggil sebagai Mac Pro ‘tong sampah’ dilaporkan terjejas dengan isu ini.

Menurut laman Variety yang mula melaporkannya, masalah ini dipercayai mungkin berpunca daripada serangan virus yang mensasarkan komuniti pembikin filem dan tv di Hollywood.

Setakat ini, model Mac Pro 2013 yang menggunakan sistem operasi macOS versi terdahulu serta firma yang menggunakan sistem perisian suntingan video AVID Media Composer sahaja yang berdepan dengan masalah ‘reboot‘ ini.

Susulan daripada isu ini, pihak Avid telah respon menerusi kenyataan berikut:-

“Avid is aware of the reboot issue affecting Apple Mac Pro devices running some Avid products, which arose late yesterday. This issue is top priority for our engineering and support teams, who have been working diligently to determine and resolve the root cause. As we learn more, we will immediately publish information—directly to our customers and via our community forums and social media platforms—in order to resolve this issue for all affected customers and prevent any further issues.

Buat masa ini, satu-satunya cara bagi mengelakkan daripada Mac Pro berdepan masalah ini adalah dengan tidak mematikan (shut down) atau menghidupkan semula (restart) Mac Pro teresebut.

Jadi, sekiranya anda pengguna Mac Pro 2013 dan perisian Avid, anda dinasihatkan supaya tidak menyambungkannya kepada sambungan internet dan segera membuat salinan (backup) terhadap data-data video yang ada di dalam Mac tersebut.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here