Mac OSX sebuah perisian komputer Apple yang sofistikated dengan mempunyai beratus fungsi serta ciri-ciri canggih yang anda sudah tahu dan mungkin juga yang anda belum tahu. Jadi, tahukah anda fungi bola berwarna-warni   ikon Spinning beach ball ini?

Bola berwarna-warni tersebut dikenali sebagai “Spinning Beach Ball” ataupun lebih popular sebagai “Spinning Beach Ball of Death” kalau bola tu tak hilang-hilang. Biasanya bola tersebut hanya akan keluar sekejap-sekejap sahaja. Ia amat jarang sekali memunculkan dirinya jika Mac anda berada dalam kondisi terbaik. Biasanya ia akan muncul apabila anda membuka sesebuah aplikasi yang bersaiz besar dan berat yang akan mengambil sedikit masa untuk dibuka.

Tetapi, apabila ia kerap kali muncul (dah tak segan silu), itu menandakan Mac anda ada sesuatu yang tidak kena. Anda mula terasa sistem Mac anda perlahan dan semakin mencabar kesabaran anda. Itu tandanya sama ada salah sistem Mac, ketidakupayaan perkakasan (hardware) komputer tersebut ataupun salah anda sendiri.

Sebab-sebabnya…

1. Mac beroperasi terlalu lama.

login

Anda begitu rajin bekerja sehingga tak makan, tak rehat dan tak tidur. Tapi Mac anda perlukan rehat, sekurang-kurangnya restart lah Mac anda.

2. Terlampau banyak aplikasi dibuka serentak

Aplikasi
Terlampau banyak apps beroperasi serentak

Mac memang sistem operasi yang pantas, tapi kalau dah banyak sangat aplikasi dibuka (padahal tengah pakai satu aplikasi je), Mac akan jadi perlahan. Terutamanya jika anda sedang menggunakan aplikasi seperti Finalcut Pro dan Adobe Photoshop. Jika anda sedang menggunakan aplikasi seperti ini (yang menggunakan unit pemprosesan yang banyak) sila tutup aplikasi tidak penting yang aktif.

3. Item log masuk secara automatik

System Prefences+Users & Groups+Login Items
System Prefences+Users & Groups+Login Items

Mungkin secara sedar atau tidak, anda pernah membuat penetapan (setting) bagi aplikasi yang biasa anda gunakan dibuka secara automatik, setiap kali anda menghidupkan Mac anda. Sekiranya terlampau banyak item tersebut, sila kurangkan. Ini dapat membantu Mac anda log masuk dengan lebih pantas.

4. Desktop adalah segalanya…

Desktop penuh
Jadikan iktibar

Ya, skrin anda sebesar pintu, terdapat banyak sangat ruang kosong yang boleh disumbat. Lalu anda pun letaklah segala-gala jenis macam fail dan folder di desktop. Memang mudah, cepat tapi tak betul. Apabila dah terlampau banyak fail dan folder diletakkan di desktop, memang slow lah Mac tu. Adoyai 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here