original imac g3

Dikemaskini.

Mac  kebal dari virus komputer, tapi…

Sejak ariffmac mula menggunakan Mac, belum pernah lagi ariffmac memasukkan perisian anti virus ke dalam Mac. Ini kerana rumor, legenda dan kepercayaan cerita dongeng rakyat tentang Mac tiada atau tidak akan kena virus masih menebal dihati. Malah sewaktu menggunakan iMac G5 semasa belajar dahulu, belum pernah sekalipun iMac G5 ariffmac dijangkiti virus. Tapi itu dulu…

640px-Computer_Security_Symbol_-_Virus

Jadi, persoalannya sekarang adakah Mac betul-betul kebal dari virus? Jawapannya tidak! Sistem operasi Mac OSX boleh dijangkiti virus. Malah sudah berlaku di mana beratus ribu Mac telah dijangkiti virus. Bukan sahaja virus tetapi juga serangan malware (perisian jahat yang memporak perandakan sistem Mac) terutamanya yang disebabkan oleh kelemahan sekuriti perisian pihak ketiga seperti Java dan Flash.

Bolehkah pengguna Mac sedar kehadiran virus?

dos-screen-virus-warning-1243783-640x480

Daripada pengalaman ariffmac, kehadiran virus di dalam sistem Mac tidak akan disedari. Ini kerana tidak ada sebarang perisian khas di dalam sistem Mac yang mampu mengesan virus tersebut. Tanpa perisian anti virus, sistem Mac tidak akan sedari kehadiran virus dan malware, sehinggalah sistem Mac menjadi tidak stabil dan huru hara, barulah pengguna akan sedar, ooh ada virus rupanya 😛

Antara Windows dan Mac, mana lebih banyak terdedah kepada virus dan malware?

Sudah tentu Windows mengandungi lebih banyak virus dan malware berbanding Mac. Walaubagaimanapun, anda perlu tahu dan sedar, jumlah tersebut semakin bertambah dan serangan terhadap Mac OSX semakin teruk dari hari ke hari (yang terbaru adalah serangan oleh ransomware).

Screen Shot 2016-02-25 at 11.28.31
Anti virus Sophos

Terdapat banyak perisian anti virus yang boleh anda gunakan untuk mempertahankan Mac anda dari serangan-serangan virus, malware dan ransomware. Ada yang percuma seperti Malwarebytes, SophosAvira dan Avast yang boleh anda gunakan. Cuma terdapat limitasi perlindungan oleh perisian-perisian tersebut berbanding perisian anti virus berbayar seperti Intego, Kaspersky dan Bitdefender.

Jadi kepada para pemilik dan pengguna Mac sekalian, adakah anda akan menggunakan perisian anti virus di dalam Mac anda? Renung-renungkan 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here