Berharga dari RM5,499…atau…

Laman Apple Malaysia kini sudah mula menawarkan model terbaru Macbook Pro (MBP) 13″ 2019. Model ini yang dinaik taraf dari model sebelumnya juga kini hanya berharga dari RM5,499.00 sahaja.

Malah kesemua model MBP 13″ juga sudah dilengkapi dengan panel Touch Bar dan cip pemprosesan Intel Quad Core Generasi ke-8.

Anda juga boleh menaik taraf perkakasan standad yang ditawarkan pada MBP tersebut mengikut spesifikasi tempahan yang dimahukan anda yang hanya boleh dibuat di laman Apple Malaysia sahaja.

Harga untuk MBP 13″ dengan spesifikasi tertinggi ini boleh mencecah sehingga RM11,899.00.

Setiap pembelian atas talian menerusi laman sesawang Apple ini, pengguna akan menerima MBP mereka kurang 2 minggu dari tarikh pembelian, buat masa ini (bergantung kepada lokasi).

Tetapi, jika anda ingin dapatkan lebih nilai terhadap pembelian MBP terbaru ini, anda boleh juga membelinya pada harga pelajar yang ditawarkan di laman Apple Malaysia Education Store K12.

Pembelian menerusi laman stor tersebut membolehkan anda membeli MBP 13″ 2019 hanya pada harga dari RM5,099 sahaja. Bermakna anda mendapat diskaun sebanyak RM400 untuk MBP tersebut.

Lihat spesifikasi penuh model Macbook Pro 13″ 2019, Two Thunderbolt 3 ports ini.

2 COMMENTS

  1. hii, nak tanya pembelian pada harga pelajar ni ada syarat2 nya tak? sebab perbezaan sehingga RM600 tu sangat banyak. saya freelancer. boleh juga ke beli dgn harga pelajar ni?

    Terima kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here