Dijangka akan menggunakan cip pemprosesan Intel Gen-10.

Apple dikhabarkan akan melancarkan model terbaru MacBook Pro 13″ 2020 seawal bulan Mac ini.

Tetapi mungkin juga pada acara WWDC yang dijangka akan berlangsung pada pertengahan tahun ini.

Tetapi khabar angin yang lebih menarik terhadap MBP 13″ 2020 adalah dakwaan ia akan dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru Intel Gen-10.

Jika khabar angin ini benar, ia sekaligus akan menjadikan MBP 13″ 2020 sebagai model MBP pertama dilengkapi cip Intel Gen-10.

Ketika ini, semua model MacBook Pro 13″ masih menggunakan cip Intel Gen-8.

Kali terakhir Apple mengemas kini MBP tersebut adalah pada Julai tahun lalu dengan melakukan naik taraf minima.

Selain itu, model MacBook Pro 16″ juga dikhabarkan akan mula dilengkapi dengan cip Intel Gen-10. Tetapi mungkin sedikit terkemudian selepas MBP 13″.

MBP 16″ baru sahaja diperkenalkan lewat tahun lalu. Jadi mungkin MBP 16″ dengan cip Intel Gen-10 hanya akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

Sumber: MacRumors

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here