MBP 16 2019

Biasa, benda baru…

Model terbaru komputer riba Apple, Macbook Pro 16″ 2019 dilaporkan menghadapi 2 isu yang menjengkelkan.

Menurut laporan oleh Apple Insider, beberapa pengguna MBP itu mendakwa mereka mendengar bunyi pop atau klik yang terhasil dari pembesar suara MBP tersebut.

Sebenarnya isu ini didakwa turut dihadapi oleh model MBP sebelum ini seperti Macbook Pro 13″ dan 15″ 2018.

Setakat ini, kebanyakkan pengguna mendakwa bunyi pop dan klik pada pembesar suara MBP itu ada kaitan dengan aplikasi suntingan video Final Cut Pro X 10.4.7.

Tetapi ada juga yang mendakwa ia turut berlaku apabila aplikasi lain diaktifkan.

Apple telah sedia maklum akan masalah ini dan mereka sedang menyiasat isu ini sama ada adakah ia benar berpunca dari FCPX ataupun tidak.

Tapi yang pasti ,penyelesaian bagi menangani isu ini sedang diusahakan.

Satu lagi isu pada Macbook Pro 16″ ini adalah isu kesan ghosting pada paparan MBP 16″ 2019.

Ia mula dilaporkan oleh pengguna di laman Reddit.

When using the launch pad and moving between apps, the display seems to have ghosting – it’s not smoothly transitioning between each page of apps. I’ve noticed the same thing for stuff like text when scrolling, it’s blurry until you stop still. Has anyone else noticed this at all? I am using the new 16″ MacBook Pro as is.

Sebahagian pengguna di laman forum Mac Rumors menyalahkan paparan 16″ MBP tersebut dengan mendakwa isu ghosting terbaru ini adalah lebih teruk dari model terdahulu.

The 16″ is running a new panel that supports multiple refresh rates. The ghosting is definitely worse than previous years. Whether or not it bothers you depends on your sensitivity.

Setakat ini, isu ini mungkin berlaku hanya terhadap sebahagain pengguna sahaja kerana pengguna awal MBP 16″ 2019 menyatakan mereka tidak pula berdepan isu ghosting.

Macbook Pro 16″ 2019 telah dilancarkan Apple pada 13 November lalu yang berharga dari RM10,499.00.

Sumber: TechRadar

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here