Bermula dengan iPad 12.9″.

Penganalisis terkenal produk-produk Apple, MIng-Chi Kuo menjangkakan Apple akan mula melengkapi komputer riba Macbook Pro 16″ dengan paparan mini LED pada lewat tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, Macbook Pro tidak akan menjadi produk pertama Apple yang menggunakan paparan mini LED, sebaliknya ia akan mula dipasangkan pada model terbaru iPad 12.9″ dahulu.

ipad 2019 gen 7
Apple baru memperkenalkan iPad Gen-7 bersaiz 10.2″ pada September 2019.

Ketika ini, semua model iPad dan Macbook mengggunakan paparan LED.

Kuo menyatakan, Apple berminat menggunakan teknologi mini LED untuk produk utama mereka kerana panel skrin tersebut prestasi warnanya adalah jauh lebih baik berbanding papada LED yang mereka gunakan sekarang.

Mini LED juga didakwa akan membolehkan Apple menjadikan produk mereka lebih nipis dan ringan.

Perbandingan saiz LED. (um = micron). Kredit: MicroLED-Info.com

Teknologi mini LED adalah masih baru dan hanya digunakan pada model premium TV oleh beberapa pengeluar utama televisyen ketika ini seperti TCL yang menjadi pengeluar pertama televisyen menggunakan mini LED untuk barisan TV mereka.

Perbandingan LED dan mini LED. Kredit TCL.

Sumber: 9to5Mac

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here