Harga Macbook Pro 16

MacBook Pro 16″ berharga dari RM10,499 dan Mac Pro 2019 berharga dari RM25,999.00.

Akhirnya 2 model terbaru komputer Apple Macintosh telah ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

MacBook Pro 16″

Selepas dilancarkan pada pertengahan November lalu, komputer riba terbaru MacBook Pro 16″ kini telah ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.

Terdapat 2 model ditawarkan iaitu model asas yang berharga dari RM10,499 dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7 6 teras 2.6GHz Gen-9, storan bersaiz 512GB dan kuasa grafik dari AMD Radeon Pro 5300M.

Manakala bagi model kedua MacBook Pro 16″ pula berharga dari RM12,199.00.

Ia dilengkapi dengan oleh cip pemprosesan Intel Core i9 8 teras 2.3GHz Gen-9, storan bersaiz 1TB dan kuasa grafik dari AMD Radeon Pro 5500M.

Kedua-dua model ini boleh dkustomasi perkakasannya yang akan menjadikan harga komputer riba ini mencecah sehingga RM26,719.00.

Mac Pro 2019

Bagi model komputer meja terbaru dan merupakan yang paling berkuasa dari Apple, Mac Pro pula berharga dari RM25,999.00

Mac Pro 2019 telah diperkenalkan Apple pada awal Jun 2019 lalu di persidangan Worldwide Developers Conference (WWDC 2019).

Bagi model asas, Mac Pro dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Xeon W 3.5GHz 8 teras, storan SSD bersaiz 4TB, kapasiti RAM 32GB dan kuasa grafik dari AMD Radeon Pro 580X.

Turut disertakan bersamanya adalah aksesori Magic Mouse 2 dan Magic Keyboard.

Walaubagaimanapun, kustomasi terhadap Mac Pro 2019 dengan spesifikasi tertinggi boleh menjadikan harganya mencecah sehingga RM220,479.00.

Itu belum lagi termasuk aksesori pilihan seperti kerangka khas Mac Pro dengan roda yang berharga RM1,760 dan aksesori lain jika perlu.

MacBook Pro 16″ dan Mac Pro 2019 sudah boleh ditempah menerusi laman rasmi Apple Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here