Tambahan harga sebanyak RM2,800.00 dan RM3,200.00
Sebelum seminggu sahaja lagi acara WWDC 2020 bermula, Apple hari ini telah menambah pilihan kad grafik bagi model komputer riba MacBook Pro 16″.
Kini MBP 16″ ditawarkan pilihan kad grafik AMD Radeon Pro 5600M. Ia ditawarkan pada model MBP 16″ yang berharga dari RM10,499.00 dan RM12,199.00.
Menurut laman Tech Crunch, pilihan kad grafik AMD Radeon Pro 5600M ini akan mampu meningkatkan kuasa grafik MBP 16″ sehingga 75% berbanding AMD Radeon Pro 5500M.
















