Macbook Pro Retina 15 inch 2012
Model Macbook Pro 15″ yang pertama menggunakan paparan retina kini disenaraikan Apple sebagai produk usang dan vintaj.

Menerusi semakan yang baru dibuat, laman muka rasmi yang menyenaraikan produk-prosuk usang dan vintaj Apple telah dikemaskini kali terakhir pada 1 Julai 2018 lalu.

Daripada semakan tersebut juga mendapati, Apple telah menyenaraikan model Macbook Pro 15 inci dengan paparan retina keluaran pertengahan 2012 sebagai produk usang dan vintaj di bahagian Mac notebooks.

Model MBP pertengahan 2012 tersebut adalah merupakan MBP 15″ pertama yang dilengkapi dengan paparan retina yang mana ia menyokong dimensi paparan tertinggi sehingga 3840 x 2400 serta rekaan terbaru yang senipis Macbook Air.

Ketika ia mula dipasarkan, terdapat 2 pilihan spesifikasi standad bagi perkakasan MBP 15″ ini yang boleh dipilih iaitu cip pemprosesan Intel Core generasi ketiga (“Ivy Bridge“) i7, 2.3 GHz atau 2.6GHz (boleh dikonfigurasi kepada 2.7GHz), saiz storan flash 256GB atau 512GB (boleh dikonfigurasi sehingga 768GB) dan RAM 8GB yang kekal di atas papan litar utama (juga boleh dikonfigurasi maksimum 16GB).

macbook pro retina 15" port
Sambungan yang terdapat di Macbook Pro 15″ Retina model pertengahan 2012. Magsafe 2 diperkenalkan bersama model Macbook Pro Retina 15″ 2012 ini. Kredit imej: Apple.

Walaubagaimanapun, tiada pilihan konfigurasi bagi kad grafiknya di mana ia didatangkan standad dengan 2 kad grafik terbina dalam dengan ciri penukaran fungsi antara 2 kad grafik secara automatik iaitu Intel HD Graphics 4000 dan NVIDIA GeForce GT 650M dengan RAM 1GB yang menggunakan jenis memori GDDR5 bagi ke dua-dua model.

Ramai pengguna Macbook Pro serta pemerhati teknologi berpendapat dan bersetuju bahawa model MBP ini adalah model Macbook Pro terbaik yang pernah Apple hasilkan sehingga kini.

Namun begitu, sungguhpun ia adalah model terbaik MBP dari Apple, tetapi terdapat satu masalah utama yang dihadapi oleh para pengguna model MBP ini di seluruh dunia iaitu isu yang dikenali sebagai ‘staingate‘.

staingate mbp ariffmac
Isu ‘staingate‘ ini turut melibatkan beberapa keluaran lain model Macbook dan Macbook Pro dengan paparan retina. Jika anda dapati MBP anda mengalami isu ini, anda mungkin layak mendapatkan penggantian percuma skrin MBP atau Mabook tersebut.

Model pertama Macbook Pro Retina 15″ ini mula dijual dari Jun 2012 sehinggalah Februari 2013. Ketika ia mula dipasarkan, MBP ini didatangkan bersama sistem operasi Mac OS X 10.7 (Lion) dan masih menyokong macOS terbaru tahun ini, macOS Mojave 10.14.

macOS Mojave info
Mungkin Mojave adalah versi macOS terakhir yang disokong oleh model MBP ini.

Model-model keluaran berikutnya telah dikemaskini perkakasannya beberapa kali sehinggalah Apple mengemaskininya buat kali terakhir terhadap MBP Retina 15″ model keluaran pertengahan 2015 yang masih menggunakan rekabentuk yang sama.

Model Macbook Pro retina 15″ keluaran pertengahan 2015 masih dijual sehingga kini di  laman web rasmi Apple. Tetapi kini hanya terdapat satu sahaja pilihan model MBP ini yang boleh dipilih dengan harganya bermula dari RM 8017.00.

Tetapi ia masih boleh dikonfigurasi perkakasan cip pemprosesan dan ruang storannya yang boleh menjadikan harganya mencecah sehingga RM 11,914.00.

Apple menyatakan, sesebuah produk itu disenaraikan sebagai produk usang dan vintaj apabila produk itu berusia lebih daripada 5 tahun dan kurang dari 7 tahun. Apple juga tidak lagi menerima produk-produk vintaj untuk diservis atau diganti perkakasan yang rosak.

Walaubagaimanapun, para pemilik Macbook Pro model ini mungkin masih boleh menghantar MBP anda untuk diservis atau mendapatkan alat ganti di pusat-pusat servis bertauliah Apple yang terdapat di seluruh Malaysia.

Bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan perkara ini, anda boleh menghubungi terus pusat-pusat servis tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here