Apple perkenalkan MacBook Rose Gold
Apple perkenalkan MacBook dengan warna dan pemprosesan terbaru.
Semalam Apple Inc. telah menambahkan lagi pilihan warna bagi MacBook dengan warna Rose Gold. Warna terbaru ini pastinya menjadi pilihan utama bagi para wanita.
Selain itu, Apple turut menaik taraf perkakasan MacBook dengan menggunakan kuasa pemprosesan 1.1GHz dual-core Intel Core m3. Malah Apple juga menaik taraf RAM bagi MacBook. Kini setiap MacBook dibekalkan dengan 8GB 1866MHz LPDDR3 SDRAM (sebelum ni hanya 4GB je).
Apple juga turut menaik taraf ketahanan bateri MacBook. Menurut Apple, bateri MacBook terbaru ini mampu bertahan sehingga 10 jam (sebelum ini hanya 9 jam).
Harga terbaru MacBook ini bermula dari RM5499. Sebelum ini harga MacBook bermula dari RM5899. Ini mungkin disebabkan oleh nilai Ringgit yang semakin mengukuh semula (dah macam report hal ekonomi pulak).
Tetapi jika anda rasa harga MacBook ini masih mahal, anda boleh dapatkan MacBook terdahulu yang menggunakan kuasa pemprosesan Intel Core M dengan 4GB RAM (selagi stok masih ada dari pembekal rasmi produk Apple sahaja) dengan harga bermula dari RM4599. Tetapi tiada pilihan warna Rose Gold. Sebelum ini MacBook hanya ditawarkan dengan 3 pilihan warna sahaja iaitu, Silver, Space Gray dan Gold.
Bagi info lebih lanjut tentang MacBook terbaru ini, anda boleh layari di apple macbook. Anda sudah boleh menempahnya sekarang dari laman web tersebut. Tempoh penghantaran akan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja. Bergantung kepada lokasi tempahan. Kos penghantaran pula adalah percuma.
Leave a Reply