Original 1983 Apple Macintosh 128K Computer with 'In Appreciation: Jerry Manock' Plaque

Model asli Macintosh 128K dengan plak penghargaan Jerry Manock di belakangnya.

Laman RRAuction telah mula mengiklankan salah satu produk bersejarah keluaran Apple untuk dilelong iaitu model 1983 komputer Apple Macintosh 128K.

Komputer meja semua dalam satu ini dilelong lengkap dengan aksesorinya termasuklah papan kekunci, tetikus dan kabel kuasa asalnya.

Selain itu, turut disertakan bersama adalah kotak penghantaran dengan logo ‘Picasso’ yang lengkap mengandungi styrofoam serta kotak bagi tetikus dan papan kekunci.

Selain kotak di dalam gambar di atas, turut disertakan adalah beg nylon bagi membawa set komputer tersebut. Kredit imej: RR Auction

Menjadikannya lebih menarik, model 1983 komputer Apple Macintosh 128K ini turut dilengkapi plak penghargaan khas kepada Jerry Manock dibelakangnya.

Model Macintosh 128K ini adalah keluaran ke-246, minggu yang ke-47 dalam tahun 1983. Dikilangkan di Fremont, California. Kredit imej: RR Auction

Model asli komputer Apple Macintosh 128K dengan plak khas ini akan mula dilelong dari 5 Mac hingga 12 Mac 2020.

Harga bidaan bagi item ini dianggarkan akan berjaya dijual lebih daripada USD25,000.

Jerrold C. Manock

Jerry Manock merupakan antara tokoh penting yang bertanggungjawab mengetuai pasukan reka bentuk Apple ketika mereka bentuk komputer Apple II dan model pertama komputer Apple Macintosh.

Jerrold C. Manock.

Malah beliau juga bertanggungjawab ke atas struktur, bentuk, estetika, rekaan termal, serta pilihan warna Pantone 453 beige yang dipilih beliau bagi digunakan pada model terawal Macintosh.

The entire Mac Team and, in particular, my five person Product Design group (JCM, Terry Oyama, Dave Roots, Ben Pang, and Steve Balog) worked very hard to get the Mac into production at Apple’s Fremont, CA plant.”

For example, we had to invent and install production line assembly tooling, thus missing several pre-release publicity photo shoots. We knew the Team would each get an early Mac, but the personalized, photo-engraved plaque on back was a surprise, as was the fact that my permanent Apple Employee Number was 246 which, ironically, matched the Serial Number for week 47, 1983.” Jerry Manock.

Apple II – “Jobs wanted a simple and elegant design, which he hoped would set Apple apart from the other machines, with their clunky gray metal cases…” Jerry Manock ketika mengingati kembali idea Steve Jobs bagi membangunkan Apple II.

Steve Jobs dikhabarkan amat berpuas hati dengan hasil kerja Jerry Manock menyebabkan beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Reka Bentuk Produk.

Walaubagaimanapun, Jerry Manock meninggalkan Apple selepas John Sculley dilantik sebagai CEO Apple.

Mary Ellen and I went to California — it must have been 10 years ago (2002). We went to the annual meeting, unannounced, and sat in the fourth row. The executive staff came onstage and they sat on their little stools, going through their business. Steve looked over at us and he did a double take. I thought, Well, that’s really nice. He recognized us. At the end of the meeting, when they asked if there was any more business, Steve said, “I have some business.” He said, “I just want to acknowledge Jerry Manock.” And he told of our contribution, being on the Macintosh team. Everybody stood up. It was a standing ovation. He didn’t have to do that.” Memori Jerry Manock terhadap Steve Jobs. Sumber: Seven Days Vermont

Selepas meninggalkan Apple, beliau telah bertugas sebagai pensyarah di University of Vermont selama 21 dan mengajar dalam bidang pembangunan produk.

Antara fakta menarik lain tentang Jerry Manock adalah beliau adalah antara individu yang pernah bertemu dengan bapa kandung Steve Jobs.

To me, basically, [Steve] was a compassionate person, who had super high expectations and tried to get the best out of everybody. He had a vision that we certainly didn’t have… People took the creativity it gave them and added their own, and made it fit, which is really rewarding.” Memori Jerry Manock terhadap Steve Jobs. Sumber: Seven Days Vermont

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here