macos catalina

Kesemua versi SoftRAID tidak berfungsi di macOS 10.15.4.

Hampir 2 mingu selepas Apple melepaskan kemas kini terbaru macOS 10.15.4 kepada para penggunanya, kini terdapat laporan-laporan yang kurang enak didengar.

Ini kerana terdapat beberapa dakwaan daripada para pengguna versi macOS terbaru itu yang mendakwa mereka berdepan dengan beberapa isu kritikal, khususnya terhadap pengguna-pengguna profesional.

Sebagai contoh, perisian SoftRAID telah mengesahkan kesemua versi perisian tersebut tidak berfungsi dengan macOS 10.15.4.

There is a serious issue with 10.15.4. It shows up in different scenarios, even on Apple disks but is more likely when there are lots of IO threads. We think it is a threading issue. So while SoftRAID volumes are hit the hardest (it’s now hard to copy more than 30GB of data at a time), all systems are impacted by this.” SoftRAID.

Susulan itu, pihak SoftRAID memaklumkan bahawa mereka dengan kerjasama jurutera Apple sedang memperbetulkan isu ini.

Jadi, ini bermakna Apple juga sedia maklum dengan masalah tersebut.

Selain itu, terdapat juga dakwaan-dakwaan pengguna macOS yang menyatakan mereka berdepan dengan isu serius yang lain seperti masa boot sistem macOS didakwa mengambil lebih lama dari kebiasaan, isu sambungan peranti Bluetooth, masalah Finder tergantung, ikon yang hilang, isu kernel panic dan banyak lagi.

Kesemua isu tersebut ada dilaporkan dalam laman Reddit, dan juga di dalam laman forum Apple sendiri.

Jadi, bagaiman pula dengan anda? Adakah anda turut mengalami masalah yang sama sepertimana pengguna macOS 10.15.4 yang lain?

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here