macos catalina

macOS 10.15 akhirnya ditawarkan kepada semua pengguna Mac.

Apple sebentar tadi memaklumkan, penggguna komputer Macintosh sudah boleh mengemas kini macOS mereka kepada versi terbaru, macOS Catalina 10.15 bermula hari ini.

macOS Catalina update
Pengguna boleh menaik taraf macOS menerusi System Preferences > Software Update.

Walaubagaimanapun, sebelum anda terus menaik taraf kepada macOS 10.15, anda amat disyorkan membuat salinan (backup) terlebih dulu terhadap Mac anda dan menyemak semak ada model Mac yang digunakan sekarang menyokong versi terkini macOS ini.

Berikut adalah senarai penuh model-model Mac yang menyokong macOS Catalina:-

MacBook Pro

  • MacBook Pro (13-inch, 2019, Two Thunderbolt 3 ports)
  • MacBook Pro (15-inch, 2019)
  • MacBook Pro (13-inch, 2019, Four Thunderbolt 3 ports)
  • MacBook Pro (15-inch, 2018)
  • MacBook Pro (13-inch, 2018, Four Thunderbolt 3 ports)
  • MacBook Pro (15-inch, 2017)
  • MacBook Pro (13-inch, 2017, Four Thunderbolt 3 ports)
  • MacBook Pro (13-inch, 2017, Two Thunderbolt 3 ports)
  • MacBook Pro (15-inch, 2016)
  • MacBook Pro (13-inch, 2016, Four Thunderbolt 3 ports)
  • MacBook Pro (13-inch, 2016, Two Thunderbolt 3 ports)
  • MacBook Pro (Retina, 15-inch, Mid 2015)
  • MacBook Pro (Retina, 15-inch, Mid 2015)
  • MacBook Pro (Retina, 13-inch, Early 2015)
  • MacBook Pro (Retina, 15-inch, Mid 2014)
  • MacBook Pro (Retina, 15-inch, Mid 2014)
  • MacBook Pro (Retina, 13-inch, Mid 2014)
  • MacBook Pro (Retina, 15-inch, Late 2013)
  • MacBook Pro (Retina, 15-inch, Late 2013)
  • MacBook Pro (Retina, 15-inch, Early 2013)
  • MacBook Pro (Retina, 13-inch, Late 2013)
  • MacBook Pro (Retina, 13-inch, Early 2013)
  • MacBook Pro (Retina, 15-inch, Mid 2012)
  • MacBook Pro (15-inch, Mid 2012)
  • MacBook Pro (Retina, 13-inch, Late 2012)
  • MacBook Pro (13-inch, Mid 2012)

MacBook Air

  • MacBook Air (Retina, 13-inch, 2019)
  • MacBook Air (Retina, 13-inch, 2018)
  • MacBook Air (13-inch, 2017)
  • MacBook Air (13-inch, Early 2015)
  • MacBook Air (11-inch, Early 2015)
  • MacBook Air (13-inch, Early 2014)
  • MacBook Air (11-inch, Early 2014)
  • MacBook Air (13-inch, Mid 2013)
  • MacBook Air (11-inch, Mid 2013)
  • MacBook Air (13-inch, Mid 2012)
  • MacBook Air (11-inch, Mid 2012)

MacBook Air

  • MacBook Air (Retina, 13-inch, 2019)
  • MacBook Air (Retina, 13-inch, 2018)
  • MacBook Air (13-inch, 2017)
  • MacBook Air (13-inch, Early 2015)
  • MacBook Air (11-inch, Early 2015)
  • MacBook Air (13-inch, Early 2014)
  • MacBook Air (11-inch, Early 2014)
  • MacBook Air (13-inch, Mid 2013)
  • MacBook Air (11-inch, Mid 2013)
  • MacBook Air (13-inch, Mid 2012)
  • MacBook Air (11-inch, Mid 2012)

MacBook

  • MacBook (Retina, 12-inch, 2017)
  • MacBook (Retina, 12-inch, Early 2016)
  • MacBook (Retina, 12-inch, Early 2015)

iMac Pro

  • iMac Pro (2017)

iMac

  • iMac (Retina 5K, 27-inch, 2019)
  • iMac (Retina 4K, 21.5-inch, 2019)
  • iMac (Retina 5K, 27-inch, 2017)
  • iMac (Retina 4K, 21.5-inch, 2017)
  • iMac (21.5-inch, 2017)
  • iMac (Retina 5K, 27-inch, Late 2015)
  • iMac (Retina 4K, 21.5-inch, Late 2015)
  • iMac (21.5-inch, Late 2015)
  • iMac (Retina 5K, 27-inch, Mid 2015)
  • iMac (Retina 5K, 27-inch, Late 2014)
  • iMac (21.5-inch, Mid 2014)
  • iMac (27-inch, Late 2013)
  • iMac (21.5-inch, Late 2013)
  • iMac (27-inch, Late 2012)
  • iMac (21.5-inch, Late 2012)

Mac mini

  • Mac mini (2018)
  • Mac mini (Late 2014)
  • Mac mini (Late 2012)

Mac Pro

  • Mac Pro (Late 2013)

Selain itu, anda juga dinasihatkan supaya turut menyemak sama ada aplikasi-aplikasi dan peranti-peranti (contoh: mesin pencetak dan pengimbas) yang digunakan anda sudah sedia menyokong macOS 10.15.

Ini kerana dikhuatiri selepas menaik taraf kepada macOS 10.15, peranti dan aplikasi-aplikasi sedia ada yang sedang digunakan anda pada versi macOS yang anda gunakan sekarang tidak dapat digunakan pula nanti.

Sebagai makluman sekali lagi, Apple mula menamatkan sokongan aplikasi 32bit sepenuhnya di macOS Catalina. Bermakna aplikasi yang masih dibangun berasaskan 32bit tidak akan boleh diaktifkan di macOS terbaru ini.

Anda akan berdepan dengan kotak dialog seperti ini apabila mengaktifkan aplikasi 32bit. Catalina hanya menyokong aplikasi 64bit sahaja.

Apple telah pun mengumumkan macOS Catalina pada awal Jun lalu di Worldwide Developers Conference (WWDC 2019).

Pengguna versi beta (pembangun dan umum) telah lebih dulu dapat merasai ciri-ciri baru yang diperkenalkan pada macOS tersebut.

Tetapan baru pilihan mod gelap dan cerah macOS Catalina. System Preferences > General.

Antara ciri-ciri baru menarik yang ada di macOS 10.15 ini adalah penawaran servis permainan Apple Arcade, ciri terbaru “Sidecar” yang menjadikan iPad sebagai paparan kedua untuk Mac, ciri “Activation Lock” sepertimana iPhone dan iPad (hanya bagi Mac yang dilengkapi dengan cip Apple T2) sahaja, Screen Time dan banyak lagi.

Apple Arcade di macOS Catalina.

Selain macOS Catalina, Apple turut melepaskan kemas kini terbaru bagi pengguna aplikasi suntingan video Final Cut Pro X kepada versi 10.4.7.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here